Artikel PilihanBuletin

KENAPA STERING ADA YANG RATA DI BAHAGIAN BAWAH?

Semenjak kereta diperkenalkan 100 tahun dulu, rekaan roda stering tak pernah berbuah. Ia direka dengan bentuk bulat samaada dengan rekaan 2 spoke atau 3 spoke. Tapi ada juga rekaan pelik 1 spoke yang digunakan oleh Citroen DC 1974. Tapi nampak pelik sangat kan.

Tapi jangan risau, nanti kita cerita pasal rekaan stering yang pelik waktu lain. Berbalik pada rekaan stering bulat, kebanyakan kereta yang dihasilkan dulu memang stering bulat. Sehinggalah Lexus mengeluarkan stering rekaan bahagian bawah yang rata bagi model supercar iaitu Lexus LFA

Lexus LFA dikuasakan dengan enjin 4800cc NA yang menghasilkan 560 kuasa kuda dan 480Nm tork. Bagi memastikan LFA ini ringan, ia dihasilkan dengan gabungan aloi aluminium, aloi magnesium, aloi titanium dan juga karbon fiber. Jangan terkejut kerana stering LFA pun dihasilkan dengan karbon fiber.

Stering LFA direka dengan diameter 360mm turut memuatkan butang penghidup (push start button) dan bahagian bawah stering ini dipotong sebanyak 28mm bagi membentuk bahagian yang rata. Tujuannya ialah menghasilkan paksi putaran roda stering dekat dengan pusat graviti stering

Apabila paksi putaran stering dekat dengan pusat graviti, stering dan input pada stering oleh pemandu tidak akan terganggu dengan centrifugal force (daya putaran yang terhasil semasa kereta sedang mengambil selekoh pada halaju tinggi).

Ditambah pula dengan stering dan roda yang dihasilkan dengan karbon fiber agar menjadi sangat ringan, mengurangkan kesan momen inertia agar stering mudah kembali kepada posisi asal selepas melalui selekoh. Senang kata mat saleh “natural self centering feel

Sebelum hidung anda kembang kempis kerana memiliki kereta dengan stering rata di bahagian bawah, untuk kereta biasa rekaan stering sebegini sebenarnya direka untuk nampak lebih cantik. Alasan yang paling utama ialah rekaan sebegini sebenarnya nampak lebih sporti dan bergaya.

Tapi sebenarnya selain dari lawa, rekaan stering rata di bahagian bawah memberikan kelebihan lain seperti:

1. Ruang – rekaan flat bottom steering memberikan ruang kaki yang lebih besar kepada pemandu terutamanya untuk pemandu dengan peha yang besar

2. Premium – dengan balutan kulit mahal, kemasan krom, serta suis yang disusun rapi rekaan stering ini menjadikan kereta nampak lebih mahal

3. Tahu kedudukan stering – Stering yang diletakkan secara tegak membolehkan anda mengagak kedudukan kereta yang dipandu lurus. Tapi kalau bentuk bulat semuanya, susah sikit nak agak stering tersebut lurus atau tidak.

Jika stering dibuat dengan flat bottom, senang nak nampak dan membetulkan kedudukan stering pada kedudukan yang betul. Sebab itu kereta mahal biasanya menggunakan penanda warna merah atau kuning untuk memberikan kedudukan stering yang betul dengan pantas jika ia bulat sepenuhnya

Google ads
Back to top button