
HLYM RAIKAN ULANG TAHUN KE-20 135LC DENGAN MODEL EDISI TERHAD – RM8,798
Yamaha 135LC telah pun berusia 20 tahun dan sempena meraikan pencapaian tersebut Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah pun memperkenalkan 135LC edisi terhad.

Terhad kepada 5,000 unit, Yamaha 135LC Celeste 20th Anniversary Limited ini tampil dengan gabungan warna biru dan putih serta rim keemasan. Menariknya, model ini juga hadir dengan bakul eksklusif yang turut menampilkan nombor siri khas.
Selain itu, HLYM turut memperkenalkan tiga warna lain, Matador Red, Tank White dan Samba Green masing-masing dijual pada harga RM8,298.



Untuk rekod, HLYM memperkenalkan 135LC pada tahun 2006 dan merupakan kapcai pertama di negara ini yang dilengkapi enjin penyejukan cecair.
Atas kertas, 135LC menawarkan 12.5hp pada 8,000rpm dan 12.2Nm pada 6,000rpm yang terhasilkan dari enjin satu silinder 135cc Fi.
GALERI: YAMAHA 135LC 2026

















