Buletin

GWM MALAYSIA PRATONTON ORA 5 HEV DAN HAVAL H7 Hi4 PHEV DI KLIMS 2026

GWM Malaysia mempamerkan dua SUV hibrid baharu di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 menerusi pratonton Ora 5 HEV dan Haval H7 Hi4 PHEV.

Kedua-dua model tersebut mewakili hala tuju berbeza bagi jenama Ora dan Haval, dengan fokus kepada pengguna bandar serta peminat SUV bersaiz besar yang mahukan gabungan prestasi dan kecekapan bahan api.

Ora 5 HEV
Model crossover kompak ini menggunakan sistem hibrid pintar Hi2 dan disasarkan kepada pengguna urban yang aktif.

Spesifikasi utama Ora 5 HEV:

  • Kuasa maksimum: 223PS
  • Tork: 476Nm
  • Pecutan 0-100 km/j: 7.7 saat
  • Penggunaan bahan api: 4.4 liter/100 km
  • Jarak perjalanan gabungan: melebihi 1,100 km
  • Dimensi: Panjang 4,471mm, Lebar 1,833mm, Tinggi 1,641mm, Jarak roda 2,720mm

Menurut GWM, Ora 5 HEV turut menerima anugerah “Design of the Year” di London Design Awards 2025 serta mencatat rekod Guinness World Records bagi penggunaan bahan api terendah untuk SUV hibrid produksi di China.

Haval H7 Hi4 PHEV
Dalam masa sama, Haval H7 Hi4 PHEV tampil sebagai SUV plug-in hybrid dengan rekaan lasak dan saiz lebih besar untuk mereka yang mahukan ruang serta kemampuan lebih versatil.

Spesifikasi utama Haval H7 Hi4 PHEV:

  • Kuasa maksimum: 370PS
  • Tork: 750Nm
  • Pecutan 0-100 km/j: 6.2 saat
  • Jarak pemanduan elektrik penuh: sehingga 150km
  • Jarak perjalanan gabungan: melebihi 1,000km
  • Dimensi: Panjang 4,800mm, Lebar 1,950mm, Tinggi 1,843mm

Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata, kedua-dua model itu menggambarkan perkembangan portfolio syarikat di Malaysia.

Menurutnya, Ora 5 HEV memberi tumpuan kepada mobiliti moden dan gaya hidup, manakala Haval H7 Hi4 PHEV memperluaskan penawaran SUV elektrifikasi dengan karakter lebih praktikal dan pelbagai guna.

Selain dua model baharu itu, ruang pameran GWM di KLIMS 2026 turut menampilkan beberapa model lain termasuk Haval H6 HEV, WEY G9 Hi4 PHEV, Tank 300 HEV, Tank 500 HEV dan Ora Good CAT EV.

Google ads
Back to top button