Artikel Pilihan

KENDERAAN AMFIBIA. ATAS DARAT BOLEH, ATAS AIR PUN BOLEH

Semasa pendaratan tentera bersekutu di Pantai Normandy, Peranchis pada tahun 1944 antara masalah yang dihadapi oleh perancang strategi ialah bagaimana untuk mendaratkan kereta kebal Sherman yang berat di pantai daripada kapal pengangkut. Salah satu solusi yang dibuat ialah kereta kebal Sherman dberikan 2 kipas propeller, bahagian kemasan kedap udara serta satu peranti khas yang akan membuatkan isipadu kereta kebal meningkat dan mengurangkan ketumpatannya.

Memandangkan kejadian penebangan hutan simpan yang berleluasa, hujan yang disebabkan angin monsun setiap tahun maka kejadian banjir pasti akan terjadi lagi pada masa akan datang. Molek juga kalau kita beli kereta yang boleh dipandu atas jalan dan boleh jadi bot kan. Baru tak risau banjir. Kami senaraikan kereta amfibia ini, mana tahu anda berminat.

1. Amphicar 770 – dilancarkan pada tahun 1961 oleh Amphicar Corporation dengan sokongan kerajaan Jerman Barat pada ketika itu. Sebanyak 3878 unit berjaya dijual namun disebabkan ramai pemandu menggunakannya di kawasan pantai, model ini terdedah dengan masalah karat yang teruk.

The Gibbs Humdinga being demonstrated in Doha, Qatar.

2. Gibs Humdinga – ia dilancarkan pada tahun 2012 oleh Gibs Technologies dikuasakan dengan enjin berkuasa 300 kuasa kuda. Ia mampu memuatkan 9 penumpang dalam satu masa serta barangan dengan halaju sekitar 48km/j di atas permukaan air. Halaju di atas darat pula terhad pada 130km/j disebabkan berat kereta ini mencecah 2750kg

3. Gibbs Aquada – berbeza dengan model sebelum ini, Aquada menampilkan rekaan yang lebih sporti dan bergaya bagaikan kereta sport. Ia dikuasakan dengan enjin V6 2500cc yang menghasilkan 250 kuasa kuda sudah cukup untuk dipandu pada kelajuan 160km/j di atas jalan dan 50km/j di atas permukaan air. Namun ia hanya memuatkan 3 penumpang dalam satu masa.

4. Rinnspeed Splash – dihasilkan di Switzerland rekaan ini berbeza dengan rekaan syarikat lain kerana ia menggunakan sayap hidrofoil pada bahagian bawah yang akan menyebabkannya seakan terbang dari permukaan air pada ketinggian 60cm. Kipas ropeller akan diturunkan dari cesi fiber komposit dengan kuasa 140 kuasa kuda, cukup untuk memacu Rinnspeed pada kelajuan 80km/j

5. CAMI Hydra Spyder – dengan harga mencecah RM 1.1 juta, ia merupakan pilihan paling mahal bagi sebuah kenderaan amfibia. CAMI dikuakan dengan enjin 6000cc Chevvy LS2 V8 yang menghasilkan 400 kuasa kuda. Dengan kepasiti 4 penumpang, ia berupaya untuk dipandu atas permukaan air pada halaju 80km/j

6. WaterCar Panther – jika namanya sudah pelik, ini beberapa fakta aneh berkenaan WaterCar Panther ini. Ia menggunakan cesi dan rekaan Jeep Wrangler dan dikuasakan dengan enjin 3700cc V6 daripada Honda yang menghasilkan 305 kuasa kuda. Di atas permukaan air, ia boleh dipandu pada halaju 72km/j

7. WaterCar Phyton – masih dihasilkan iaitu WaterCar namun dengan rekaan yang berbeza. Ia kelihatan seperti sebuah trak pada bahagian depan dan mengambil rekaan Corvette di bahagian belakang. Kuasa datang dari pilihan enjin Chevrolet samaada LS1 ataupun LS9. Di permukaan air, kelajuan maksimanya boleh mencecah 100km/j dalam masa 4.5 saat dengan kapasiti 6 penumpang.

8. RinnSpeed SQuba – dihasilkan oleh firma Rinnspeed, SQuba seperti nama yang digunakan boleh menyelam dalam air. Namun model konsep one off ini hanya dihasilkan untuk menunjukkan kemampuan firma berkenaan mengasilkan kereta seakan yang digunakan oleh James Bond. Kuasa elektrik dalam bekas kedap air akan menghantar kuasa kepada motor elektrik 54kW dengan halaju mencecah 120km/j

Ketika dalam air ia menggunakan 2 kipas propeller elektrik 800watt bagi mencapai halaju 6km/j dan ketika menyelam ia menggunakan motorjet 3.6kw.

Google ads
Back to top button