Motosikal

GUNA SYILING SEBERAT 43 KG BELI HONDA SCOOPY

Sepasang suami isteri yang berasal dari daerah Banyuwangi membeli sebuah motosikal jenama Honda Scoopy menggunakan duit syiling seberat 43 kilogram.

Menurut laporan Tribunnews, duit syiling tersebut dikumpul oleh pasangan suami isteri itu sejak 2018.

Ahmad Rasidi memberitahu, dia dah isterinya, Amidah mula menabung duit syiling di dalam botol air mineral.

“Pada mulanya, kami hanya menyimpan duit syiling bernilai 1,000 rupiah (RM0.29) dan selepas empat botol mineral itu penuh, kami tukar tabung ke tempat yang lebih besar termasuk tong air.

“Duit syiling itu diperoleh hasil pelanggan yang datang ke kedai kami,” katanya.

Rasidi memberitahu isterinya ingin membeli motosikal.

Katanya, mereka tidak memiliki wang yang banyak dan memberanikan diri untuk membeli dengan menggunakan duit syiling yang telah dikumpul.

Rasidi memberitahu, pekerja kedai motosikal mengambil masa empat jam untuk mengira semua duit syiling yang bernilai 9.4 juta rupiah (RM2,719).

Bagaimanapun, dia menjelaskan wang berkenaan tidak mencukupi untuk membeli motosikal Honda Scoopy yang dijual pada harga 21.5 juta rupiah (RM6,214).

Dia bersama isteri telah menambah wang untuk memiliki motosikal berkenaan. – agensi

Google ads
Back to top button