Buletin

KERETA PERIBADI FREDDIE MERCURY BAKAL DILELONG

Siapa yang tidak kenal dengan ikon terkenal Freddie Mercury yang sangat popular era 80-an?

Kisah vokalis utama band rock Queen itu turut diabadikan dalam bentuk filem biografi Bohemian Rhapsody yang muncul dilayar perak pada tahun 2018, diarahkan oleh Bryan Singer.

Semasa kemuncak popularitinya, Mercury dibawa ke studio rakaman dengan menggunakan sebuah kereta sedan Rolls-Royce Silver Shadow tahun 1974.

Kini, unit kereta yang sama bakal menjadi milik anda.

Disenaraikan di laman duPont Registry, Silver Shadow milik Mercury ini bakal dilelong di London pada bulan November, dan hasil lelongan itu akan disumbangkan ke rumah kebajikan.

Kereta ini dimiliki oleh Mercury pada tahun 1979 menerusi syarikatnya, Goose Productions Ltd, namun sepanjang tempoh pemilikan, Mercury dilapor tidak sekali pun memandu kereta ini memandangkan beliau tidak mempunyai lesen memandu penuh.

Ia mempunyai enjin asal V8 6.75 liter berkuasa 189 hp, dan dilayangkan dengan kemasan luaran Silver Chalice dan kemasan warna biru di dalam.

Rolls-Royce Silver Shadow ini akan dilelong di RM Sothebys’, London pada 5 November 2022, dan hasil lelongan akan terus disalurkan kepada Superhumans Center, badan kebajikan yang ditubuhkan untuk membantu negara Ukraine. – Motor1

Google ads
Back to top button