Buletin

MCLAREN DILAPOR SEDANG BANGUNKAN SUV

Dalam banyak-banyak pengeluar supercar, McLaren merupakan antara pengeluar yang masih lagi belum mempunyai produk SUV yang sebenar.

Namun berdasarkan laporan terbaharu daripada majalah Car, McLaren sedang berusaha untuk membangunkan SUV pertama yang turut merangkap EV pertama.

CEO McLaren, Michael Leiters sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Teknikal Ferrari telah pun terang-terang mengakui beliau merupakan seorang peminat SUV, dan mempunyai pengalaman di dala membangunkan model SUV popular seperti Porsche Cayenne dan Ferrari Purosangue.

Mungkin tidak ramai yang tahu, McLaren juga sebenarnya telah pun memperlihatkan sebuah produk SUV berkuasa elektrik yang dinamakan sebagai Extreme E.

Ia bukanlah SUV untuk kegunaan seharian, sebaliknya direka untuk perlumbaan off-road Extreme E.

Dalam keadaan McLaren yang masih lagi bergelut dengan masalah kewangan, penyertaan syarikat itu dalam segmen SUV dilihat mampu untuk menyelamatkan keadaan.

Contoh yang paling hampir, Lamborghini Urus yang terbukti mampu menjana keuntungan yang tinggi bagi syarikat pengeluar supercar Itali itu. – Car Magazine

Google ads
Back to top button