Artikel Pilihan

KIA PROCEED GT – WAGON UNTUK PAPA YANG JIWANYA KELAJUAN

Sebut tentang Wagon, di zaman ketiadaan internet dan fitnah (WhatApp), reka bentuk Wagon kelihatan sangat boring dan cukup membosankan. Tapi dunia kini sudah berubah. Kenderaan Wagon juga kini kelihatan sangat menarik dan garang lagi laju. Kia ProCeed GT ini adalah contoh terbaik yang boleh kita bawa bincang di kopi. Eh sebelum melepak kedai kopi pastikan sudah lengkap dua dos dan anda bukan berada di negeri Fasa 1 ya.

Secara global, umum mengetahui tentang betapa pentingnya pengenalan model Kia Ceed di pasaran. Dan ternyata Kia turut bertimbang rasa terhadap para Papa / Daddy / Abah yang jiwanya kelajuan dan kegarangan. Kia turut mempertaruhkan sebuah model yang khusus untuk mereka. Kia ProCeed GT. Dan ini adalah merupakan versi naik taraf terhadap model sedia ada.

Rekaan asas Kia ProCeed GT ini sebenarnya sudah cukup garang. Berbeza dengan tipikal sebuah Wagon Pasar Tani. Pilar D yang sepatutnya berpaksi kan tegak dan lurus kini telah dicondongkan bagi memberi laluan kepada angin bagi menampilkan imej yang sporty. Pada bahagian hadapan, rekaan gril tiger-noose masih lagi dikekalkan sebagai identiti ianya adalah model keluaran Kia. Tetapi bampar hadapan telah direka semula sesuai dengan imej yang cuba ditonjolkan. Lampu utama kesemua model dalam rangkaian Ceed kini telah menggunakan lampu LED sepenuhnya berserta dengan DRL yang turut berfungsi sebagai lampu isyarat membelok.

Bagi menampakkan kegarangan pada muka hadapan Kia ProCeed GT ini, pada rekaan bampar baharu itu turut mempunyai kontra warna merah pada sisi yang mengapit pada bahagian bawah bampar tersebut. Jikalau bahagian hadapan dah garang, maka wajiblah juga bahagian belakangnya juga digarangkan dengan rekaan diffuser serta tip ekzos berkembar yang bukan tipu tipu. Trim merah turut dikenakan pada bahagian bawah bampar belakang tersebut.

Bahagian kabin masih lagi menggunakan paparan kluster digital bersaiz 12.3 inci, sama seperti model terdahulu dan juga sistem infohiburan bersaiz 10.25 inci. Bagi menghasilkan bunyi yang sedap, terdapat 8 unit speaker daripada jenama JBL Premium. Untuk menambahkan lagi ciri eksklusif, tempat duduk kini dibalut dengan upholsteri mewah sebagai pilihan kepada pengguna.

Nadi bagi melajukan Wagon ini telah diserahkan kepada enjin 1.6-litre T-GDi yang kini dipadankan dengan kotak gear 7DCT dan mampu menghamburkan kuasa 201 HP. Walaupun ianya sebuah model Wagon, namun mode pemanduan Eco, Comfort mahupun Sport tetap boleh dipilih sang pemandu.

Kia ProCeed GT kini turut dilengkapi dengan sistem ADAS terkini meliputi Blind-spot Collision-Avoidance Assist (BCA),Forward collision-avoidance assist (FCA),  Rear-View Monitor (RVM),Safe Exit Warning (SEW), dan juga Smart Cruise Control (SCC). Kira lengkap jugalah ciri keselamatan yang ada.

Barisan keluarga Ceed yang baharu ini dijangka bakal diproduksikan di kilang Ilina, Slovakia dan dijangka boleh ditempah oleh masyarat di Eropah menjelang suku keempat / tahun hadapan dengan anggaran harga sekitar £31,000 (RM181,997)

BACA : KIA PROCEED – SHOOTING BRAKE 5 PINTU EKSKLUSIF UNTUK PASARAN EROPAH

BACA : KIA ProCeed Shooting Brake – MASIH INGAT KIA RIO GEN PERTAMA?

Google ads

B K

Back to top button