Buletin

KIA PROCEED – SHOOTING BRAKE 5 PINTU EKSKLUSIF UNTUK PASARAN EROPAH

Kia sekali lagi menjadi tumpuan pada acara Paris Auto Show 2018 apabila memperkenalkan model ProCeed baharu.

Disifatkan sebagai sebuah model shooting brake lima pintu, ia melengkapkan lagi keluarga Kia Ceed yang sebelum ini ditawarkan dalam bentuk hatchback dan sportwagon.

Berbanding kedua-dua model tersebut, ProCeedm tampil dengan reka bentuk dan perkadaran lebih menarik. Reka bentuknya mengambil inspirasi daripada model konsep yang dipertontonkan kepada umum pada acara Frankfurt Motor Sho2 2017.

Kia dilapor akan menjual ProCeed secara eksklusif di pasaran Eropah sahaja bermula suku pertama 2019.

Jentera itu ditawarkan dengan beberapa pilihan enjin iaitu enjin 1.0 liter T-GDI petrol berkuasa 118hp,  1.4 liter T-GDI petrol berkuasa 138hp  dan enjin diesel baharu 1.6 liter CRDi Smartstream yang mampu menjana 134hp.

Semua enjin itu dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau klac berkembar automatik tujuh kelajuan.

Varian tertinggi, ProCeed GT pula menggunakan khidmat enjin 1.6 liter T-GDI petrol berkuasa 204PS dan tork 265Nm, bersama kotak gear klac berkembar tujuh kelajuan automatik.

Sebagai sebuah jentera berorientasikan prestasi, ProCeed dibina di atas chasis yang dilengkapi geometri suspensi khas, peegas gegelung lebih keras dan bar anti-oleng. Semua ini untuk memberikan maklum balas lebih lincah seperti sebuah Gran Turismo sebenar.

GALERI

Google ads
Back to top button