Artikel Pilihan

KISAH AUTOPASS CARD DAN MEMANDU MASUK KE SINGAPURA

Brader Karrager syak semenjak wujudnya USS, makin ramai yang teruja untuk memandu masuk sendiri ke Kota Temasek itu, Buat yang bekerja di Singapura, benda ini pasti bukan satu masalah. Sebab dah menjadi rutin harian. Tapi bagaimana pula jika kita yang kurang arif tentang tatacara yang sebetulnya untuk memandu masuk ke sana? Nah, mari sini Brader nak kongsikan. Moga ianya bermanfaat dan dapat juga sedikit pahala, memandangkan Brader Karrager ini boleh tahan kerap jugalah memandu masuk ke sana kerana masih mempunyai sanak dan saudara yang menetap di sana.

BACA: KERETAPI BERKELAJUAN TINGGI, KL-SINGAPURA DALAM 90 MINIT

BACASINGAPURA BINA JENTERA E-SUPERCAR

Perkara terpenting untuk memandu masuk ke Singapura adalah Autopass Card. Ianya adalah sejenis kad turut berfungsi sebagai Vehicle Entry Permit (VEP) untuk memandu masuk ke Singapura dan ianya adalah ekslusif untuk setiap satu-satu kenderaan sahaja tanpa boleh dipindahmilik. Secara ringkasnya, anda boleh memandu masuk sama ada melalui Tuas ataupun Tambak Johor. Perbezaan yang nyata adalah Tuas kurang sedikit sesak, manakala Iman yang tinggi amat diperlukan sewaktu melepasi Tambak Johor.

Selesai sahaja melepasi Checkpoint Imigresen Singapura (pastikan pasport masih dalam tempoh sah laku dan Kad Putih telah siap diisi lagi afdal kiranya), sila memandu dengan perlahan untuk menuju ke pejabat Land Transport Authority (LTA) yang terletak sebelum pintu keluar kawasan Checkpoint bagi tujuan pembelian pertama kali Autopass yang baharu bernilai SGD10.00 (RM30.00).

Untuk membeli Autopass ini, kalau “ikut buku” anda dikehendaki membawa segala tok nenek bermula daripada geran membawa ke polisi insuran kenderaan. Tapi pengalaman berurusan dengan LTA selama beberapa tahun ini, yang diperlukan hanyalah Cukai Kenderaan yang masih dalam tempoh sah laku sahaja (jangan lupa mengambil gambar Cukai Jalan kenderaan bagi memudahkan urusan pengisian borang). Isi borang yang disediakan dan beratur untuk membayarnya.

Isi semula tambah nilai Autopass boleh dilakukan di beberapa lokasi, akan tetapi yang mudahnya adalah mencari 7-Elevan (kecuali 7-Elevan yang terdapat di Shell-tidak boleh dibuat tambah nilai). Ini kerana, fungsi Autopass ini turut berfungsi sebagai kad prabayar seperti Touch’nGo di kawasan parkir pusat membeli-belah dan juga beberapa lokasi parkir flat awam milik HDB. Itu belum lagi fi untuk Electronic Road Pricing (ERP) berjumlah SGD5.00 (RM15.00) sehari tanpa mengira berapa banyak laluan ERP yang dilalui dan juga fi Reciprocal Road Charge (RRC) berjumlah SGD6.40 (RM19.20) untuk setiap kali memandu masuk ke Singapura.

Oh ya, itu hari juga sebetulnya Autopass Brader juga telah hilang tanpa gagal dikesan. Jadi, yang perlu dilakukan adalah satu laporan Polis telah dibuat untuk makluman, bawa ke pejabat LTA sewaktu melepasi Imigresen dan buat permohonan kad gantian. Laporan polis yang telah dibuat tadi tu jangan lupa kasi tunjuk sebagai bukti berserta bayaran pembelian semula Autopass.

Usah risau, kalau “ikut buku” kata kena bawa polisi bagai. Sekali lagi, pengalaman Brader, mereka cuma nak lihat Cukai Jalan sah tamat tempoh sahaja. Mudah bukan?

Google ads
Back to top button