Buletin

RENAULT TreZor CONCEPT INI DIPILIH KERETA KONSEP PALING CANTIK DAN DIKUASAKAN OLEH ENJIN FORMULA E

Rupa-rupanya anugerah automotif bukan sahaja untuk kereta yang sudah dipasarkan malah turut dihadiahkan kepada kereta konsep. Juri acara Concorso d’Eleganza Villa d’Este telah memilih Renault TreZor sebagai kereta konsep paling cantik tahun ini.

Concorso d’Eleganza Villa d’Este merupakan pameran tahunan berprestij yang diadakan sejak tahun 1929 di Tasik Como, Itali. Pameran itu menghimpunkan peminat dan pengumpul kereta klasik dari seluruh dunia bagi meraikan kereta sebagai hasil kerja seni dan ciptaan yang tidak lekang dek masa.

TreZor pertama kali dipertontonkan pada Pameran Kenderaan Paris pada September dan ini adalah anugerah ketiga yang telah dimenangi kereta konsep itu. Kali pertama ialah semasa Festival Automobil Antarabangsa di Paris manakala kemenangan kedua di Anugerah Rekabentuk Kereta Geneva.

Kemenangan terbaru ini bukan calang-calang, TreZor perlu mematuhi beberapa kriteria ketat dan semestinya kereta konsep ini telah berjaya memenuhinya.

Projek TreZor ini juga bukan suka-suka kerana ia memberi bayangan rekaan kenderaan Renault pada masa depan. Lebih menarik, TreZor dikuasakan oleh motor elektrik dari kereta Formula E.

Kuasa maksimumnya ialah 260kW atau bersamaan 350 hp dengan tork 380 Nm.

Google ads
Back to top button