Buletin

KOLEKSI ISTIMEWA UNTUK PELANGGAN LAMBORGHINI URUS

Collezione Automobili Lamborghini memperkenalkan satu koleksi edisi istimewa hasil kolaborasi dengan Enzo Bonafè, Hettabretz dan Tecknomonster bagi meraikan pelancaran Super SUV Lamborghini Urus baru-baru ini. 

Enzo Bonafè meawarkan dua pasang moccasin (kasut atau selipar kulit yang selesa) daripada koleksi kasut buatan tangannya yang mewah. Setiap satunya hadir dalam warna berbeza. 

Firma fesyen terkenal dengan pakaian kulit dari Bologna, Hettabretz pula mengambil inspirasi Urus untuk menghasilkan jakat suede yang elegan dan terhad kepada 30 helai sahaja.

Pembuat beg gentian karbon, Tecknomonster menawarkan dua set beg yang setiap satunya terdiri daripada empat beg, direka khas untuk ruang kargo Urus.

Pelanggan Urus boleh memilih dan mengubah suai semua koleksi ini mengikut kecenderungan masing-masing. Koleksi tersebut dipamerkan di bilik pameran Collezione Ad Personam yang terletak di dalam ibu pejabat Lamborghini di Sant’Agata Bolognese. 

Di dalam ruang pameran yang dipenuhi dengan perabut Riva 1920 itu, pelanggan boleh berjumpa sendiri dengan wakil-wakil Enzo Bonafè, Hettabretz dan Tecknomonster.

Perkhidmatan ini hanya boleh dilakukan menerusi temu janji, boleh hubungi: [email protected]

Google ads
Back to top button