Buletin

PEPSI TEMPAH 100 UNIT TRAK ELEKTRIK TESLA SEMI

Pengeluar minuman terkenal dunia, PepsiCo Inc dilapor telah menempah 100 unit trak elektik Tesla, Semi.

Jumlah itu menjadikannya sebagai tempahan paling banyak setakat ini diterima oleh Tesla. Para eksekutif Pepsi menyatakan langkah tersebut diambil bagi mengurangkan kos dan emisi. 

Tesla sebelum ini didakwa cuba untuk meyakinkan komuniti trak bahawa ua mampu membina trak elektrik yang mampu milik, bersama jarak dan kapasiti kargo sewajarnya. Sekali gus bersaing secara langsung dengan trak diesel yang secara relatifnya lebih murah dan terbukti dari segi penjimatan bahan apinya.

Beberapa buah firma pengangkutan dilihat masih menimbangkan trak Tesla. Selain jarak yang boleh dicapai oleh trak elektrik, mereka masih skeptikal dengan masa yang perlu diambil untuk mengecaj bateri. Pemain industri juga dilihat menunggu bagaimana pasaran kenderaan elektrik komersial akan dibangunkan. 

Dalam perkembangan berkaitan, Navistar International Corp dan Volkswagen AG Truck and Bus bakal melancarkan trak elektrik tugas sederhana menjelang akhir tahun 2019. Manakala Daimler Daimler AG sudahpun menyerahkan sejumlah kecil trak elektrik kepada pelanggannya di New York.

Tempahan Pepsi itu menambah lagi jumlah pelanggan Tesla Semi yang sebelum ini terdiri daripada Wal-Mart Stores Inc., J.B. Hunt Transport Services Inc. dan syarikat pengedar makanan, Sysco Corp. Sehingga kini, Tesla sudahpun menerima sekurang-kurangnya 285 tempahan traknya.

Pespsi dikatakan mahu menggunakan trak Semi untuk menghantar snek dan minuman di antara kilang, kemudahan pengedaran serta peruncit yang lokasi mereka dalam lingkungan 800km, sebagaimana dijanjikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.

Pepsi kini mempunyai hampir 10,000 unit trak bersaiz besar. Ia berusaha untuk mengurangkan pelepasan emisi sebanyak 20 peratus menjelang tahun 2030. Justeru, syarikat itu sedang sibuk menganalisa laluan terbaik untuk trak Tesla.

Semi diperkenalkan oleh Tesla pada bulan lalu dan dijangka mula diproduksi pada 2019. 

sumber: Reuters

Google ads
Back to top button