Artikel Pilihan

UTE – NAMA YANG PELIK UNTUK KATEGORI KENDERAAN

Bila sebut Ute jangan ingat Pak Amid mintak korang bayar hutang pulak. Setakat RM10 tu kira halal je. Ute merupakan sebutan kata nama Australia yang merujuk kepada trak utiliti kecil (Utility Vehicle). Senang cerita macam Proton Arena kat tempat kita. Dikatakan juga yang Ute ni adalah idea warga Australia yang telah mengutus surat kepada sebuah syarikat permotoran suatu ketika dulu kerana mahukan sebuah kenderaan utiliti kecil untuk membolehkan beliau ke gereja pada hari Ahad dan mengangkut ternakan berkaki pendek pada hari biasa.

Hasilnya lahirlah Ute, trak kecil kacukan bahagian hadapan kereta dengan belakang menyerupai lori. Kira hibrid la jugak kan? Okey dah tau sejarah kita tengok pula model-model ute terkenal dan yang pernah kita tengok. Kalau tak pernah tengok kat luar pun mungkin pernah  tengok dalam televisyen. Kalau tak pernah jugak korang cari la dalam telefon pintar mewah korang okey.

  1. Datsun 620

Datsun 620 mula dikeluarkan dari tahun 1972 sehinggalah ke 1979. Ia merupakan sebuah pikap dengan kabin tunggal dengan dek belakang berbentuk rata untuk memudahkan pemilik memunggah barangan. Ia dilengkapkan dengan enjin J15 yang mampu menghasilkan 77 hp kuasa dan boleh mencapai kelajuan maksima 135 km/j. Cukup lah tu, buat ap laju-laju sangat kalau ada kambing kat belakang.

Kemudian versi King Cab dikeluarkan di Jepun dan dipanggil model Custom. Bahagian dek belakang masih sama cuma kabinnya dipanjangkan untuk memuatkan penumpang.

 

  1. Subaru BRAT

Ini merupakan ute popular keluaran Subaru satu ketika dahulu. BRAT bermaksud “Bi-drive Recreation All-Terrain Transporter” dan merupakan nama yang digunakan untuk pasaran AS. Ia dikenali dengan nama Brumby di Australia, 284 di UK dan MV ataupun MPV di negara lain. Kat sini biasa orang kampung Pak Amid panggil pikap je.

Menariknya ini bukannya model JDM dan dihasilkan khusus untuk pasaran eksport. Dihasilkan oleh syarikat Jepun tapi orang Jepun tak boleh beli. Best tak? Ini kerana ia dihasilkan kerana memenuhi permintaan Presiden syarikat Subaru di AS untuk menandingi model-model pikap Toyota, Mazda dan Nissan di sana.

BACA: JIKA BMW NAK BUAT TRAK PIKAP, MUNGKIN INILAH RUPANYA

Ia mempunyai sistem 4WD Subaru dan dipadankan dengan enjin EA-71 1.6-liter. Untuk pasaran AS ia mempunyai pilihan enjin EA-81 yang berkuasa turbo. Jangan main-main kerana Presiden Ronald Reagan pun pernah memiliki Subaru BRAT ni untuk kegunaan di ladang beliau satu ketika dahulu.

  1. Proton Arena

Inilah satu-satunya ute keluaran Malaysia yang cukup popular di Australia. Di sini ia dikenali dengan nama Arena tetapi lebih dikenali dengan nama Jumbuck di Australia, UK dan Taiwan.

Ia diasaskan daripada model Proton Wira sedan dan mempunyai dek belakang seperti ute biasa. Dikuasakan dengan enjin 1.5cc sama seperti Wira ia mendapat sambutan yang cukup hangat di Australia. Bukan itu sahaja, harganya di pasaran Malysia sekarang pun makin tak masuk akal. Dengan harga sekitar RM25-30k, harganya membolehkan anda membeli 5 buah Proton Wira sedan. Itu belum banding dengan Tiara lagi.

  1. Chevrolet El-Camino

Ute terkenal di AS ini dihasilkan oleh Chevrolet sekitar tahun 1959 sehinggalah 1987. Generasi pertama dihasilkan mengikut platform Ford Ranchero Pickup sebelum digantikan dengan platform Chevelle untuk generasi kedua. Walaupun diasaskan daripada model kereta ia dilabelkan sebagai trak ringan di AS.

 

Ia juga boleh dikategorikan sebagai muscle car kerena mempunyai pilihan enjin V8 blok besar dengan kapasiti 6.5-liter. El-Camino diproduksikan sehingga generasi kelima dengan pilihan enjin yang paling kecil berkapasiti 3.3-liter. Hmm… memang jenuhlah bayar cukai jalan kalau kat Malaysia.

Google ads
Back to top button