
KTM 1300R BRABUS TIBA DI MALAYSIA, TERHAD SATU UNIT SAHAJA, 180HP, HARGA BERMULA RM430K
KTM Malaysia bersama KTM Premium Dealer Penang TKC Motorshop baru-baru ini melancarkan KTM 1300R Brabus, di mana jentera itu hanya terhad satu unit sahaja dan dijual pada harga RM430,000 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
Untuk rekod, pengeluaran global Brabus 1300R Edisi 23 terhad kepada hanya 290 unit, 145 setiap satu dalam Magma Red dan Signature Black.
Di Malaysia, motosikal naked mewah dengan berat keseluruhan 194kg ini hanya didatangkan dalam Signature Black.

Ia dipadankan bersama lampu depan LED bulat tunggal bertatahkan logo Brabus sementara ketinggian pelana pula ditetapkan pada 845mm.
Ciri-ciri menarik pada jentera ini adalah seperti tempat duduk dengan fungsi pemanas, penutup tampat duduk belakang, meter digital TFT 5-inci, pemegang bar hendal dengan fungsi pemanas, tempat letak kaki boleh laras Brabus serta penyalaan tanpa kunci.
Perincian lain KTM 1300R Brabus termasuklah:
- ABS:Bosch 9.1MP 2.0
- Klac: PASC (TM) slipper clutch
- Brek depan – Brembo Stylema Monobloc, 320 mm, 4 piston
- Brek belakang – Brembo Stylema Monobloc, 240mm, 2 piston
- Fork: USD WP separa-aktif 48mm
- Suspensi: WP separa-aktif rear shock
- 6 mod suspensi – Comfort, Street, Sport, Track, Advanced dan Auto
- Ekzos slip-on berkembar Brabus
- Fungsi anti-pacak
- Quickshifter+
Dari segi kuasa, ia dipacu oleh V-twin 1,301cc, lapan injap, penyejuk cecair, menghasilkan 180hp pada 9,500 rpm dan 140Nm 8,000 rpm.
Enjin berkenaan dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan dengan daya pecutan 0-100km/j mengambil masa 3.2 saat manakala had kelajuan maksimum dihadkan 270km/j.
GALERI:






- BACA: RIMBA RAID ASIA 2023: KTM MALAYSIA SERU PENYERTAAN PELUMBA TERBAIK, TAWAR TAJAAN PENUH KEPADA PEMENANG
- BACA: KTM BAKAL LANCAR SKUTER ELEKTRIK? RATA-RATA KOMEN TAK BERKENAN DENGAN REKA BENTUK
- BACA: CFMOTO 700CL-X ADVENTURE (ADV) TIBA DI MALAYSIA APRIL 2023. 69HP, BERMULA RM35K
- BACA: CFMOTO 450SR LANCAR DI TURKIYE. MASUK MALAYSIA MINGGU INI, 59.6HP, BREK BREMBO, BERMULA RM29K SAHAJA!