Buletin

SUZUKI GSX-8S KINI DI MALAYSIA, 82HP, HARGA BERMULA RM50K

Bersama jentera Suzuki V-Strom 800DE, Suzuki Malaysia turut melancarkan motosikal segmen ‘sports naked’ terbaru untuk pasaran tempatan iaitu Suzuki GSX-8S 2023.

Seperti V-Strom 800DE, GSX-8S pertama kali didedahkan adalah pada acara EICMA 2022 di Milan, November tahun lalu.

Jentera sport naked berkenaan menawarkan tiga tahap sistem traction control serta tiga mod enjin di mana kedua-dua sistem berkenaan boleh diakses melalui skrin TFT 5-inci berwarna penuh.

Perincian lain bagi model Suzuki GSX-8S termasuklah:

  • Sistem quickshifter dua arah (up/down) secara standard
  • Rim aloi 17 inci
  • Berat keseluruhan 202kg
  • Ketinggian pelana 810mm
  • Tangki bahan api 14 liter
  • Pilihan warna: Pearl Cosmic Blue, Pearl Tech White dan Metallic Mat Black No. 2.

Selain itu, ia turut didatangkan bersama suspensi Kayaba, dengan fork USD di hadapan, sementara sistem brek pula menerima cakera berkembar 310mm bersama angkup empat piston Nissin di hadapan, dan cakera 240mm di belakang.

Untuk rekod, GSX-8S juga memiliki Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) merangkumi pelbagai jenis bantuan elektronik seperti Suzuki Traction Control System (STCS), Bi-directional Quick Shift System, Low RPM Assist serta Easy Start System.

Dari segi kuasa, Suzuki GSX-8S dijana oleh enjin dua silinder selari 776cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api elektronik, menghasilkan 82hp pada 8,500rpm, tork 78Nm pada 6,800rpm serta dikawal oleh sistem ‘ride-by-wire’.

Ia juga menampilkan sistem Suzuki Cross Balancer System bersama aci engkol 270 darjah.

Untuk harga, Suzuki GSX-8S diberi tanda harga RM50,800 bersama waranti 2 tahun atau 20,000km.

GALERI:

Google ads
Back to top button