Artikel PilihanBuletin

LELAKI JEPUN DITANGKAP KERANA GAGAL BAYAR TAMBANG TEKSI RM10,740 – 850KM

Gara-gara tidak membayar tambang teksi dalam satu perjalanan, seorang lelalaki berusia 26 tahun ditangkap polis. Ia berlaku di daerah Matsuyama di Kepulauan Shikoku di bahagian barat laut negara Jepun semalam.

Takafumi Arima, penganggur berusia 26 tahun itu didakwa mengambil perhidmatan teksi di daerah Yokohama, Tokyo. Beliau meminta pemandu teksi menghantarnya ke destinasi Matsuyama tersebut yang terletak lebih 850 kilometer dan berjanji akan membuat bayaran setelah tiba.

SONY DSC

Sebagaimana amalan biasa di Jepun, pemandu hanya menerima bayaran setelah trip berakhir. Dalam kes ini, bacaan meter menunjukkan bayaran berjumlah 270,000 Yen atau RM10,740. Di Jepun, semua teksi wajib menggunakan meter perjalanan walau dalam apa juga keadaan.

Selepas menghabiskan perjalanan lebih 9 jam, Arima mengaku ketiadaan wang apabila tiba di Matsuyama. Pemandu teksi yang berang telah menghubungi pihak berkuasa tempatan dan polis memberkasnya sejurus tiba. Motif kejadian ini masih disiasat.

 

 

 

Tags
Google ads
Back to top button