Motosikal

GAIKINDO 2016: ROYAL ENFIELD LANCAR HIMALAYAN DI INDONESIA

Jenama motosikal terkenal dari India, Royal Enfield memperkenalkan model dual purpose terbaharunya, Himalayan pada acara Gaikindo 2016 baru-baru ini. 

Royal-Enfield-Himalayan-Gaikindo-2016-mekanika (6)

Dibawa masuk ke republik tersebut oleh pengedarnya, PT Distributor Motor Indonesia, Himalayan

Jentera yang direka untuk tujuan adventure dan touring di kawasan Himalaya itu direka dengan kemampuan off-road yang ekstrem.

Royal-Enfield-Himalayan-Gaikindo-2016-mekanika (4)

“Himalayan merupakan hasil pengalaman Royal Enfield meneroka laluan di Himalaya selama 60 tahun. Berbanding  dengan motosikal seumpamanya yang biasanya lebih berat dan rumit, Himalayan sebaliknya lebih ringkas dan mampu pergi ke mana-mana sahaja,” kata Presiden Royal Enfield, Rudratej Singh.

Dibina di atas kerangka jenis duplex split cradle dan dibangunkan oleh pihak Harris Performance, Himalayan memang sebuah motosikal yang stabil serta lincah. Suspensi belakang monoshock dengan sambungan (linkage) menawarkan tunggangan yang lebih selesa tanpa mengira keadaan muka bumi.

Royal-Enfield-Himalayan-Gaikindo-2016-mekanika (2)

Jarak kelegaan bumi setinggi 220mm membolehkannya mengharung laluan berbatu atau sungai kecil tanpa sebarang masalah. Himalayan dikuasakan oleh enjin empat lejang SOHC LS 410 serba baharu yang memiliki lejang lebih panjang.

Enjin ini menawarkan kuasa sekitar 24.5 bhp @ 6,500rpm dan tork puncak 32Nm @ 4,500rpm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan. Selang servis enjin bersesaran 411cc itu ialah pada setiap 10,000km.

Royal-Enfield-Himalayan-Gaikindo-2016-mekanika (3)

Motosikal dengan reka bentuk klasik itu dipasang dengan tangki minyak berkapasiti 15 liter mampu mencapai jarak sejauh 450km bgi setiap isian penuh. Sebagai sebuah model touring, poin-poin cagak untuk memasang kotak penyimpanan barang ada disediakan.

Jentera ini didatangkan dengan tayar dual-purpose untuk cengkaman lebih meyakinkan. Tugas membrek pula diserahkan kepada brek cakera bersaiz 300mm pada roda hadapan dan 240mm di belakang.

Mazda CX30

Royal-Enfield-Himalayan-Gaikindo-2016-mekanika (7)

Setakat ini, masih belum ada harga rasmi dinyatakan. Namun, Himalayan dijangka ditawarkan pada harga bermula Rp70 juta (RM21,250) seunit.

Tags
Google ads
Back to top button