Buletin

LELAKI SOROK ISTERI DALAM BONET KERETA DITAHAN

Hampir setiap negara utama yang terjejas dengan penularan wabak Covid19 mengetatkan peraturan pergerakan rakyat mereka. India telah mengenakan perintah berkurung selama tiga minggu, Itali meletakkan penduduknya dalam perintah kawalan pergerakan dan negara-negara Eropah mengetatkan sempadan daerah, mahupun negara mereka.

Di UK, perintah kawalan pergerakan telah dilaksanakan sejak minggu lalu dan sama seperti yang berlaku di sini, bermacam alasan diberikan oleh orang ramai yang cuba untuk keluar dari rumah.

Ini pula apa yang berlaku di UK. Seorang pemandu lelaki ditahan setelah melanggar arahan sekatan perjalanan dengan alasan mengambil barang pembelian berupa tingkap berharga £15 (kira-kira RM80) secara dalam talian.

Namun apa yang memeranjatkan anggota polis apabila mendapati isteri pemandu itu berada di dalam but kereta.

Menurut makluman polis North West Motorway, lelaki itu dipercayai memandu lebih 2 jam sejauh 200 kilometer dari Coventry ke Salford untuk mengambil tingkap yang dibelinya secara dalam talian.

“Isterinya tidak muat duduk di dalam kereta. Jadi dia baring di dalam but sepanjang perjalanan pulang sebelum mereka ditahan,” kata kenyataan itu.

KREDIT: ASTRO AWANI

Google ads
Back to top button