Artikel Pilihan

SPORT WAGON, ESTATE, SHOOTING BRAKE. SEMUA SEKSI

Ada 2 terma yang digunakan pada kereta jenis ini. Kalau Mat Saleh UK dia akan sebut estate. Tapi kalau America English dia akan sebut station wagon. Tapi kedua-dua terma merujuk kepada jenis kereta yang sama. Sebuah kereta yang panjang seperti sedan dan ada bonet yang besar seperti kereta kompak.

Lima pintu boleh digunakan untuk keluar masuk dengan ruang kargo yang besar dan amat disukai di pasaran Eropah. Rekaannya masih mengekalkan rekabentuk 2 kotak sama seperti kereta kompak namun bumbungnya memamnjang ke belakang. Sebab itulah ruang kargonya lebih besar.

Bagi menyokong bumbung yang panjang, wagon akan memiliki D pillar pada bahagian hujung. Pintu ruang kargo direka sama seperti kereta kompak yang lain dimana ia perlu diangkat bagi membuka pintu. Ruang lantai akan direka agar menjadi serendah mungkin bagi memaksimakan ruang kargo.

Ok sekejap, macam boring gila kereta wagon ni kan. Opps jangan buat resolusi secara terburu -buru kerana kami akan sebaraikan beberapa wagon yang bukan sahaja nampak sporti, tapi enjin yang dipasang memang spesifikasi masuk litar.

1. Volkswagen Golf Sportwagen 2015- Rupa seperti VW Golf dengan bonet yang besar, on? Enjin 4 silinder 1800cc turbo dengan 170 kuasa kuda dan 270 Nm tork dengan gear manual, kalau penulis memang akan on.

Walaupun bukanlah paling power, tapi apabila dipandu di lebuh raya, ia boleh dipandu sejauh 17.9km bagi setiap liter petrol. Ruang kargo yang disediakan ialah 860 liter, cukup besar

2. Audi Allroad 2015 – adik beradik kepada VW, namun dengan enjin 2000cc turbo ia menghasilkan 220 kuasa kuda dan 350Nm tork. Kesemua kuasa akan dihantar menerusi sistem AWD Audi iaitu quattro. Sistem ini akan dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan.

Ditambah pulak kereta ini tinggi sedikit berbanding dengan sedan, memang layan kalau lalu air banjir. Ruang kargo sekitar 781 liter dan kalau kerusi barisan kedua dilipat ia digandakan menjadi 1430 liter.

3. Mercedes Benz E Class Wagon 2015 – sebut saja E Class rasanya semua sudah tahu status kereta ini bukan calang-calang. Ada 2 pilihan enjin samaada 3500cc V6 dengan 302 kuasa kuda ataupun 5500cc V8 dengan turbo berkembar yang menghasilkan 577 kuasa kuda.

Semua pilihan enjin akan digandingkan dengan transmisi 7 kelajuan DCT berserta sistem pacuan semua roda. Berdesup kereta ni lari. Bonet pun besar, sekitar 450liter

4. Mini Clubman John Cooper Works All4 – bermula sebagai sebuah kereta mini dan siapa sangka ia akan membesar dengan jayanya menjadi wagon 5 pintu. Paling menarik pintu belakang dibuka dengan cara suicide door bagi memberikan akses yang lebih baik. Ia dikuasakan dengan enjin 2000cc B48A20T1 turbo yang berasal dari BMW.

Kuasa maksimumnya ialah 302 kuasa kuda dan 450Nm tork. Kesemua kuasa dihantar kepada transmisi 8 kelajuan yang dibekalkan oleh Aisin. Ruang kargo yang diberikan ialah 360 liter

5. BMW 3 Series 330i xDrive Sports Wagon – jenama ini memang rajin menghasilkan wagon sejak dari dulu. Pada pendapat peribadi penulis, BMW Wagon nampak lagi seksi dari sedan. Ia dikuasakan dengan enjin 2000cc yang menghasilkan 248 kuasa kuda dan 258Nm tork.

Seperti biasa ia dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan automatik dengan bonet sebesar 488 liter

6. Jaguar XF S Sportbrake – model kurang popular di Malaysia kecuali di Eropah, mungkin disebabkan faktor harga. Dibekalkan dengan enjin 3000cc turbodisel 6 silinder ia menghasilkan 300 kuasa kuda dan 700Nm tork.

Pecutan dari 0-100km/j 6.6 saat. Jangan risau enjin ini melepasi piawaian pencemaran asap Euro 6. Ruang kargonya pula adalah sebesar 565liter

7. Ferrari FF – jenama ini pun bosan kalau buat kereta sport 2 tempat duduk sahaja. Ferrari FF ada empat tempat duduk yang selesa namun masih mengekalkan bentuk 2 pintu. Ferrari memamnggil rekaan luar sebegini sebagai shooting brake. Dengan enjin 6300cc V12 ia menghasilkan kuasa 660 kuasa kuda dan 683Nm tork

Semua kuasa dari enjin depan akan melalui transmisi 7 kelajuab sebelum disalurkan kepada sistem AWD. Ruang kargo belakang yang disediakan ialah 450 liter

8. Volvo V90 – wagon yang paling seksi selain BWM. Dengan rekaan lampu thor dan rekaan sisi yang minimalis, ia nampak mewah dan elegan. Versi T8 datang dengan teknologi plug-in hybrid technology namun masih ditemani dengan enjin 2000cc 4 silinder turbo.

Gabungan kuasa ialah 386 kuasa kuda dan 640Nm tork yang mampu menghasilkan pecutan dari 0-100km/h dalam masa 5.3 saat. Walaupun menggunakan AWD namun penggunaan petrol adalah sekitar. Dengan setangki petrol V90 boleh dipandu sejauh 1089km. Saiz kargo adalah 560liter dan boleh menjadi 1526 liter bila kusyen dilipat

9. Mazda 6 Wagon – ada 2 pilihan enjin samaada 2500cc turbo dan juga 2200cc turbodisel dan 2 varian ini tidak ditawarkan bagi pasaran Malaysia. Malaysia hanya dapat 2500cc SkyActiv NA. Varian 2500 turbo menghasilkan 227 kuasa kuda dan 420Nm tork manakala turbodisel menghasilkan 188 kuasa kuda dan 420Nm tork

Semua kuasa dihantar ke tayar depan menerusi transmisi 6 kelajuan SkyActiv Drive. Bentuk luaran pun lawa dan bonet dengan saiz 506 liter ini kira besar jugak la.

10. Porsche Panamera- jika anda duit dalam peti besi, selain Ferrari model ini juga boleh dipertimbangkan jika anda ingin membeli wagon. Sebab ia dikuasakan dengan enjin 4000 cc yang menghasilkan 541 kuasa kuda dan 770Nm tork

Ada 2 pilihan tempat duduk, samaada 4 tempat duduk atau 5 tempat dudukk bagi varian Sport Turismo. Ruang bonet belakang pula adalah sebesar 520 liter.

Tags
Google ads
Back to top button