" "
Buletin

LEXUS UX 300H 2025 DIDEDAHKAN – JANA 196HP, HARGA MASIH RAHSIA

Lexus nampak gayanya membuatkan masa bergerak lebih pantas apabila mendedahkan model Lexus UX 300h 2025.

Menurut Lexus, model berkenaan akan menggantikan 250j dan ia adalah lebih pantas serta lebih berkuasa termasuk mempunyai gabungan penarafan penjimatan bahan api sebanyak 43 mpg.

Crossover ini menawarkan kerja cat Copper Crest baharu selain, pembeli juga menerima kabin lebih berkelas dengan aksen krom.

Di bahagian dalam, varian Premium dan F Sport bakal dilengkapi kluster instrumen baharu iaitu 12.3-inci berbanding 8-inci sebelum ini.

Walau bagaimanapun, model asas masih mengekalkan paparan bersaiz 7-inci.

Lexus UX 300h 2025 dikuasakan oleh enjin empat silinder 2.0 liter biasa tetapi ia disertai oleh transaxle hibrid baharu.

Lexus mendakwa nadi berkenaan berupaya menghasilkan 196hp dengan daya pecutan 0-96km/j hanya mengambil masa dalam 8 saat sahaja.

Bukan itu sahaja, bateri hidrida nikel-logam turut digantikan oleh unit litium-ion yang lebih moden dan menggunakan teknologi shift-by-wire baharu.

Akhir sekali, sistem bantuan pemandu Lexus Safety System+ 2.5 kini digantikan dengan 3.0 baharu, merangkumi All-Speed Dynamic Radar Cruise Control, Lane Tracing Assist, Pre-Collision System with Pedestrian Detection, Road Sign Assist, Proactive Driving Assist serta Lane Departure Alert with Steering Assist.

Dari segi harga, ia hanya akan didedahkan pada tahun hadapan dan mulai dijual selepas diperkenalkan secara rasmi kelak.

GALERI:

Google ads
Back to top button