Buletin

LITAR SILVERSTONE MEMILIH : MITSUBISHI L200

Litar Silverstone adalah antara merupakan litar yang penting di UK selain daripada Donington Park. Ianya diibaratkan rumah kepada dunia permotoran di bumi UK. Penganjuran acaranya sudah tentulah meliputi perlumbaan ulung F1 dan juga MotoGP. Maka tidak hairanlah, Litar Silverstone yang telah siap dibina pada tahun 1943, dianggap sebagai Litar Ulung.

BACA : PANDU UJI MITSUBISHI TRITON VGT ADVENTURE X –TRAK PIKAP MODEN UNTUK SEMUA

BACA : MITSUBISHI L200 BARBARIAN SVP II EDISI KHAS – SUKA BETUL WARNA OREN NAMPAKNYA

Dan sebagai gelanggang perlumbaan ulung, sudah tentulah Litar Silverstonei ini harus memiliki kenderaan yang tangkas dan handal untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan operasi di setiap penjuru litar. Maka, Liter Silverstone ini telah pun sebulat suara untuk memilih kenderaan dari Jepun, Mitsubishi L200.

Untuk yang pelik, Mitsubishi Triton juga adalah namanya di rantau kita. Jangan berasa pelik sangat. Nama Triton ini juga turut digunapakai di Australia selain daripada Israel. Cuma untuk L200, ianya adalah nama samaran bagi pasaran luar.

Litar Silverstone ini telah pun membeli sejumlah 21 buah Mitsubishi L200, pikap tahan lasak serta telah memenangi pelbagai anugerah. Keyakinan terhadap model yang memang terkenal dengan kepelbagaian fungsi ini bagi menjalankan tugas rasminya, mengelilingi keseluruhan litar yang canggih ini sambil mengusung pelbagai muatan keperluan di bahagian belakang.

Pembelian L200 baharu ini termasuklah lapan buah  Single Cab, sebelas buah Double Cab dan dua buah versi Club Cab bagi menggantikan beberapa buah model L200 sebelum ini.

Selepas membuat beberapa pertimbangan tentang beberapa jenama pikap yang ada, Mitsubishi L200 juga yang menjadi pilihan hati berdasarkan nilai dan juga model spesifikasi tinggi yang ditawarkan. Pembelian ini telah diuruskan oleh JCT600 VLS (Vehicle Leasing Solution), sebuah badan yang handal menguruskan hal-ehwal sewa beli kenderaan.

Kesemua model L200 ini telah menggunakan warna tema sama ada Aztec Red atau pun Polar White, termasuklah pelekat Silverstone yang menyerlah dan juga pelekat JCT600 VLS sendiri. Dan kesemua model L200 dilengkapi dengan spesifikasi 4Life dan ianya dijanakan oleh enjin 2.4 liter turbodiesel yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Lain-lain kelengkapan yang ada pada L200 yang dibeli ini termasuklah DRL, Sistem penukaran sistem 4WD mudah, HSA (Hill Start Assist) dan juga TSA (Trailer Stability Assist). Cuma agak curiga jugalah, setakat guna di litar, bila masa entah nak guna pakai segala kelengkapan yang canggih itu kan.

Sebenarnya, pembelian sejumlah model L200 oleh Litar Silverstone ini boleh dianggap sebagai pengiktirafan kepada Mitsubishi Motor UK sendiri. Rob Lindley selaku Pengarah Urusan Mitsubishi di sana, turut berasa bangga dengan pemilihan model yang cuma berharga sekitar £19,305 sahaja. (RM103,307.81) di sana.

 

 

Google ads
Back to top button