Artikel Pilihan

LUCID AIR DREAM, DIPANDU UJI SEJAUH 716KM UNTUK SEKALI CAS.

Pencabar EV di Amerika iaitu Lucid Motor masih belum lagi menjual sedan mewah milik mereka iaitu Lucid Air Dream tapi mereka berjaya membuktikan kereta mereka boleh dipandu lebih jauh daripada Tesla dalam satu ujian jalanan yang sebenar.

Jika Tesla S mengiklankan kereta mereka boleh dipandu sejauh 671km bagi satu pengecasan penuh, Lucid mendakwa kereta mereka boleh dipandu sejauh 832km secara teori di atas kertas. Bagi emmbuktikan Lucid Air Dream lebih hebat, satu ujian jalanan telah dijalankan bersama media permotoran Motor Trend

Dalam ujian ini wartaman permotoran memandu Lucid Air sejauh 716km dari Los Angeles to San Francisco dengan hanya satu pengecasan penuh, dan apabila sampai ke destinasi EV tersebut masih memiliki jarak perjalanan sejauh 48km lagi

Perjalanan tersebut turut ditemani dengan sebuah lagi Lucid Air yang dipandu sendiri oleh CEO Lucid Motor iaitu Peter Rawlingson yang masih lagi berbaki 115km jarak perjalanan. Perbezaan ini disebabkan oleh gaya pemanduan yang berbeza antara wartaman Motor Trend dan juga Peter Rawlingson

Jarak perjalanan merupakan satu faktor utama yang akan dipertimbangkan oleh bakal pembeli EV yang sentiasa memandu jarak jauh, walaupun di negara maju yang lengkap dengan infrastruktur pengecasan pantas. Kemampuan Lucid Motor untuk menghasilkan EV yang boleh dipandu pada jarak jauh mengatasi Tesla adalah satu pencapaian kejuruteraan yang wajar dipuji

CEO Lucid Motor iaitu Peter Rawlingson adalah bekas ketua jurutera di Tesla satu ketika dulu dan pencapaian ini pastinya membuatkan Elon Musk sakit hati. Kami telah mengulas dengan terperinci bagaimana Lucid berjaya menghasilkan EV dengan jarak perjalanan yang sangat menakjubkan di artikel sebelum ini. Malah salah seorang bekas designer Mazda turut bekerja dengan Peter

Untuk perjalanan ini Motor Trend dan Peter Rawlinson menggunakan varian Dream Edition Range yang juga turut ditawarkan dalam varian Dream Edition Performance. Varian performance akan menghasilkan 1111 kuasa kuda dengan pecutan 0-100km/j dalam masa 2.5 saat manakala varian Range lebih kepada jarak perjalanan

Walaupun ditawarkan pada harga permulaan RM 710,000 bagi kedua dua varian, namun varian yang lebih murah dan mampu milik akan ditawarkan kemudian. Ini adalah selari dengan strategi Lucid di mana hasil jualan model mahal seperti Lucid Air Dream ini akan digunakan untuk pembangunan model mampu milik.

Google ads
Back to top button