Buletin

MAAF, INI BUKAN ROLLS ROYCE GHOST. INI AURUS SENAT BUATAN RUSSIA

Sekali imbas, kelihatan macam Rolls-Ryce Ghost, tapi nanti dulu. Ini ialah Aurus Senat dari Russia yang juga merupakan kereta rasmi Presiden Putin.

Memang ia mirip dengan jeriji besar, lampu segi empat tepat, dan bentuk tiga kotak. Pembuat kereta ini, Aurus berhasrat untuk menawarkan versi salutan perisai kepada kerajaan, tetapi orang awam hanya boleh mendapatkan versi tanpa panel kalis peluru.

Senat dikuasakan oleh enjin V8 twin-turbo 4.4-liter dengan motor elektrik yang menghasilkan sejumlah 598 kuasa kuda (446 kilowatt). Ia disalurkan kepada transmisi automatik sembilan kelajuan dan pacuan semua roda ke jalan raya.

Di bahagian kabin, Senat kelihatan mewah dengan campuran kulit dan kayu dengan trim logam yang terperinci. Kabin ini kelihatan seperti tema interior Mercedes-Benz terkini dengan meletakkan panel instrumen digital bersebelahan paparan infotainment yang luas.

BACA: RR CULLINAN PERTAMA DI ASIA. RM3 JUTA!

Dial pada bahagian tengah konsol berfungsi untuk mengawal sistem HVAC dan tombol lain pada konsol untuk mengendalikan arahan infotainment.

Terdapat juga pelbagai sistem bantuan pemandu moden termasuk kawalan pelayaran adaptif, pemantauan titik buta, brek kecemasan automatik, mengelakkan perlanggaran dengan pejalan kaki, dan pengesanan tanda jalan.

Penumpang belakang boleh tetap dihiburkan dengan tablet yang dipasang pada tempat duduk belakang.

Senat akan dijual bermula Januari 2019, dan pembuat kereta itu menjangka menjual 150 unit pada tahun pertama. Walaupun pada mulanya hanya terdapat di Rusia, Aurus berhasrat untuk menawarkan empat pintu di negara lain dengan matlamat untuk menjual 10,000 kenderaan setahun.

Mazda CX30

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button