Buletin

PANGGILAN SEMULA HONDA NSX. MASALAH TANGKI BAHANAPI DAN LAMPU BREK KETIGA

Setiap kereta tak akan lari dari masalah selepas meninggalkan kilang. Apa lagi bagi sebuah model 100 peratus baru yang belum teruji dalam dunia sebenar. Semuanya baru, enjin, kerangka, suspensi, kotak gear yang akan diuji dalam persekitaran sebenar dan juga pelbagai jenis pemandu.

Honda Amerika menerusi sayap pengeluaran Acura telah mengumumkan panggilan semula NSX. Ya. NSX tuan-tuan, bukan EX-5.

Apa masalahnya?

Tangki bahan api yang rosak dan lampu brek ketiga. Walau bagaimanapun, Honda memberitahu bahawa tiada kemalangan atau kecederaan berkaitan dengan perkakasan yang rosak tersebut.

BACA: MANA LEBIH LAJU? NSX ATAU GTR?

Dalam dua kenyataan berasingan dari Acura, syarikat itu berkata bahawa ia akan menghubungi pelanggan kerana jumlah kenderaan yang agak kecil yang terjejas oleh penarikan balik tersebut. Acura akan memaklumkan pemiliknya melalui panggilan telefon, tetapi sekiranya gagal dihubungin, pemberitahuan menerusi mel akan bermula pada bulan November tahun ini.

Sebanyak 793 model NSX tahun 2017 yang dipasarkan di A.S. mempunyai kecenderungan untuk berlaku litar pintas pada lampu brek ketiga. Acura berkata bahawa mereka akan menggantikan lampu brek ketiga ini secara percuma.

Sementara itu sebanyak 967 model lagi model keluaran tahun yang sama mempunyai masalah tangki bahan api kiri dan kanan.

Acura memberitahu bahawa paip crossover – yang menghubungkan tangki bahan api yang berasingan – dalam NSX tertentu telah dipasang secara tidak betul, yang boleh menyebabkan kebocoran bahan api dari masa ke masa. Ia boleh membawah kepada risiko berlakunya kebakaran. Sama seperti lampu brek ketiga, Acura akan melakukan pembaikan secara percuma.

Google ads
Back to top button