
KAPCAI ITALI MALAGUTI SPECTRE GP 125, BAKAL BERADA DI EROPAH. 125CC, 9.7HP, HARGA SEKITAR RM10K
Jenama motosikal Itali, Malaguti memperkenalkan kapcai Spectre GP 125 yang dijangka berada di pasaran pada tahun ini.
Diinspirasikan dari Asia, Spectre GP 125 dikuasakan oleh enjin empat silinder 125cc, dengan hamburan kuasa 9.7Hp manakala tork pada 9.6Nm pada 6,500 rpm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan.

Spesifikasi lain untuk Spectre GP 125 termasuklah rim-17 inci, cakera brek tunggal 320mm depan dan 190mm belakang. Fork depan jenis teleskopik manakala suspensi belakang tidak dinyatakan.
Suspensi itu mampu menampung berat 123kg dan didatangkan tangki bahan api berkapasiti 5 liter. Angka penggunaan bahan apinya ialah 2 liter bagi setiap 100km dengan jarak tempuh 250km.
Harga untuk Spectre GP 125 masih belum dinyatakan tetapi menurut laporan Motociclismo, Spectre GP 125 dijangka berharga sekitar AS$2,399 (RM10,231).
- BACA: SEAT NAK JUAL MOTOSIKAL ELEKTRIK PERTAMA, ESCOOTER BERKAPASITI 125CC DI EROPAH
- BACA: ANAK SYARIKAT GEELY, PFMOTO HASILKAN MOTOSIKAL MACAM GOLD WING
- BACA: 10 PRODUK BUKAN AUTOMOTIF BUATAN HONDA. BUKAN KERETA, BUKAN MOTOSIKAL
- BACA:PARLIMEN EROPAH DESAK PERANCIS BUAT UJIAN KESELAMATAN MOTOSIKAL LEBIH 125CC. PENUNGGANG TIDAK GEMBIRA