
PARLIMEN EROPAH DESAK PERANCIS BUAT UJIAN KESELAMATAN MOTOSIKAL LEBIH 125CC. PENUNGGANG TIDAK GEMBIRA
Parlimen Eropah sedang memberi tekanan kepada kerajaan Perancis untuk melakukan ujian pemeriksaan keselamatan terhadap motosikal lebih 125cc.
Sebelum ini, Perancis tidak melakukan ujian mandatori untuk motosikal lebih 125cc kerana presiden Perancis, Emmanuel Macron menyatakan beliau ‘tidak mahu menyusahkan rakyat Perancis.’
Walau bagaimanapun, atas sebab tekanan dari parlimen Eropah, Mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis memutuskan bahawa pemeriksaan keselamatan diperlukan untuk motosikal lebih 125cc.

Ujian ini dijadualkan bermula pada tahun 2023 dan hal tersebut membuatkan penunggang motosikal tidak gembira dengan berita tersebut.
Sebelum ini, Perancis telah memperkenalkan langkah alternatif untuk meningkatkan keselamatan motosikal dan kesan kepada alam sekitar. Tetapi kini mereka mengambil langkah lain hingga timbulnya persoalan sama ada ‘langkah alternatif’ itu tidak berfungsi dengan optimum.
NGO gembira dengan keputusan tersebut dan menganggap ia sebagai “kemenangan untuk alam sekitar serta kesihatan awam”.
Berita ini diumumkan selepas hanya dua bulan kerajaan Perancis mengenakan caj parkir motosikal di Paris pada September lalu.
- BACA: MAJORITI BELI EV SEBAB CIRI-CIRI MODEN, BUKAN SEBAB ALAM SEKITAR – KAJIAN
- BACA: BMW GUNA NAJIS LEMBU CAS EV. BAGI UDARA LAGI BERSIH, MELESTARI ALAM SEKITAR
- BACA: MOTOSIKAL TERBANG SPEEDSTER LULUS UJIAN PENERBANGAN. HARGA BERMULA RM1.6 JUTA
- BACA: BMW MOTORRAD RECALL JAKET DAN SARUNG TANGAN. BOLEH SEBABKAN ALAHAN