Artikel Pilihan

10 PRODUK BUKAN AUTOMOTIF BUATAN HONDA. BUKAN KERETA, BUKAN MOTOSIKAL

Anda pasti sudah tahu bahawa Honda merupakan satu jenama yang membangunkan dan sinonim dengan motosikal sebelum meluaskan empayar mereka dalam pembinaan kereta. Keupayaan Honda menghasilkan motosikal mampu milik, motosikal berkuasa tinggi, kereta kompak, kereta mewah dan kereta sport menunjukkan Honda mempunyai fleksibiliti membangunkan apa sahaja produk yang memberi manafaat kepada pembeli

Tapi tahukah anda bahawa selain daripada menghasilkan kereta berkuasa elektrik, turbo dan juga enjin i-VTEC, Honda sebenarnya banyak menghasilkan lain-lain produk yang kita tak pernah bayangkan. Mungkin kerana produk ini jarang kelihatan di negara kita dan tidak dijual secara rasmi.

Antara produk-produk ini termasuklah:

1. Generator set berkuasa petrol – Honda telah memasarkan pelbagai jenis generator elektrik berkuasa petrol dari sekecil 0.9kVA sehinggalah sebesar 12 kVA yang sesuai untuk digunakan semasa aktiviti kembara ataupun digunakan semasa kecemasan. Produk pertama mereka ialah E300 Portable Generator yang terjual sebanyak 500,000 unit semenjak dari tahun 1965.

Selari dengan perkembangan semasa Honda turut memperkenalkan generator elektrik yang boleh dicaj LiB-AID E500 yang merupakan bateri dengan teknologi inverter. Ia mempunyai 2 soket 100W dengan keupayaan maksima 500W. I boleh membekalkan 300W digunakan secara berterusan selama sejam

2. General Purpose Engines – setiap tahun Honda menghasilkan 6 juta enjin pelbagai guna di 6 buah negara dan dipasarkan di 86 negara. Enjin ini digunakan untuk menghidupkan mesin dalam pembinaan, industri, pertanian, kegunaan rumah termasuk memotong rumput, go-kart dan juga berkebun

Produk pertama mereka ialah enjin GX pada tahun 1983 dengan mekanisme OHV dan menggunakan 4 lejang ketika semua pesaing mereka menggunakan 2 lejang yang berasap dan bising. Ia lebih jimat petrol, menghasilkan kuasa tinggi, tahan lasak dan boleh dipadankan pada mana-mana produk lain dengan senang

3. Pembajak tanah -atau nama am lain ialah Kubota atau Kerbau Besi, mungkin anda boleh bayangkan mesin pembajak ini. Honda memulakan produksi mesin ini pada tahun 1959 dengan model F150 dan model paling terkenal ialah F200 yang diberi nama Komame yang membawa maksud pekerja yang rajin

Projek ini diketuai sendiri oleh Soichiro Honda dengan hasrat membantu orang ramai dengan teknologi yang tidak pernah dibayangkan oleh orang lain. Keupyaan pembajak bekerj dengan enjin OHV yang moden dan tahan lasak pada ketika itu banyak mengejutkan ramai pesaing Honda terutama ketika ia mula dipasarkan di Eropah

4. Pemotong Rumput – ya Honda menghasilkan pelbagai jenis pemotong rumput pada tahun 1978 dengan matlamat menjadi pengeluar nombor 1 di dunia, senyap, kurang gegaran, prestasi tinggi, berkualiti tinggi dan tahan lasak

Pada tahun 2012, Honda menghasilkan Mimo iaitu robot mesin rumput berkuasa elektrik yang boleh memotong rumput secara automatik dan dicaj secara automatik sama seperti pembersih vakum robot di rumah anda. Ia boleh beroperasi dengan beberapa cara potongan rumput seperti tukang kebun professional tanpa mengira kecerunan permukaan tanah

5. Snow Thrower – atau bahasa mudahnya penyodok salji dilancarkan pada tahun 1980 di Amerika apabila Honda melihat keperluan mesin ini bagi memudahkan pemilik rumah membersihkan halaman rumah dari salji tanpa perlu mengharapkan pembersih salji besar lori milik majlis perbandaran

Mesin ini dilengkapi dengan mekanisme penyodok getah tahan lasak untuk membuang salji dan bergerak ke depan secara automatik bila bersentuh dengan permukaan jalan. Model terbaru Yukios berkuasa elektrik dan dipasang dengan motor elektrik berkuasa 860W DC (arus terus) dalam usaha mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida

 6. Pam air – dihasilkan oleh Honda bagi kegunaan pengairan di ladang, kawasan pembinaan, ketika banjir, kawasan kemarau, dipam ke kawasan lebih tinggi dan juga kawasan bencana alam dimana air perlu dikeluarkan dengan segera

Pam buatan Honda menggunakan enjin 4 lejang buatan GX buatan Honda yang boleh digunakan untuk satu tempoh masa yang lama tanpa rosak, selain lebih cekap dan lebih bersih. Selain dari itu Honda juga turut menghasilkan pam air (water jet berkuasa petrol) bagi kegunaan industri dan pembersihan

7. Enjin Motorbot – dihasilkan di Jepun sebelum dieksport ke Amerika dan Eropah dengan pembagai model dari sekecil enjin sehinggalah sebesar enjin. Paling kecil menghasilkan 2 kuasa kuda manakala paling besar menghasilkan 250 kuasa kuda dengan 20 varian dihasilkan oleh Honda. Walaupun enjin ini berkuasa tapi mesra alam disebabkan beberapa teknologi moden yang digunakan

Honda menggunakan sistem PGM-Fi (Programmed Fuel Injection), VTEC, lean burn control dan Boosted Low Speed Torque untuk enjin motorbot mereka. Jadi enjin motorbot Honda lebih bersih, cekap tenaga dan berkuasa serta memenuhi syarat pelepasan asap Eropah dan California

8. Skuter Elektrik 4 Roda – Monla ML200 adalah skuter 4 roda berkuasa elektrik yang diperkenalkan pada tahun 2009 oleh Honda bagi kegunaan warga emas yang ada masalah untuk bergerak. Dengan halaju maksima 6km/jam ia sah digunakan oleh warga emas di laluan pejalan kaki tanpa lesen

Unit ini dilengkapi dengan sistem suspensi bagi melepasi halangan, motor elektrik dan sistem kawalan elektronik yang sangat efisyen. Rekaan kerangka skuter elektrik ini besar sedikit sahaja dari basikal dengan kusyen yang selesa bagi menggalakkan warga emas keluar bersiar-siar tanpa halangan fizikal

9. Alat-alat berkebun – yang meliputi mesin rumput konvensional, pam baja, pam racun, blower dan pemotong pokok yang diojual dalam kuantiti sehingga 70 juta unit seluruh dunia pada hari ini. Semua peralatan ini dikuasakan oleh enjin 4 lejang GX buatan Honda yang kompak.

Sebelum ini peralatan ini menggunakan enjin 2 lejang disebabkan enjin 4 lejang sukar untuk beroperasi pada sudut tertentu dan bersaiz besar. Enjin GX22 dan GX31 yang dihasilkan oleh Honda boleh digunakan 360 darjah tanpa sebarang masalah, lebih senyap, bersih dan kurang bergetar

10. Honda Walking Assist Device – merupakan alat bantuan dan sokongan bagi membantu pesakit berlatih berjalan semula. Ia terdiri daripada 3 komponen utama iaitu kerangka pinggang digabungkan dengan unit pemproses dan bateri, motor elektrik dan juga kerangka peha bagi membantu pergerakan pesakit

Proses R&D dimulakan pada tahun 1999 dengan penghasilan robot ASIMO dan kemudian diikuti oleh Honda Walking Assist Device. Alat ini berupaya mengukur pergerakan kaki, sudut pergerakan, halaju dan karekteristik pejalan kaki. Lesen penjualan sebagai alat perubatan diperoleh pada tahun 2015 dan penjualan dimulakan pada tahun 2018 di Eropah

Ya ini adalah Honda Power Product yang bukan automotif, dibangunkan dan dijual oleh Honda secara rasmi. Mungkin selepas ini anda akan pandang Honda bukan lagi sebagai syarikat automotif tapi sebuah syarikat pembangunan teknologi

Google ads
Back to top button