Buletin

VOLVO TIDAK TOLAK KEMUNGKINAN HASILKAN KERETA SPORTS BARU!

Volvo kini sedang rancak memperkenalkan barisan SUV berkuasa elektrik untuk pasaran global, bermula dari sebesar-besar SUV EX90 hinggalah kepada EX30 bersaiz kecil yang akan dilancarkan kelak.

Disebalik ‘kegilaan’ syarikat itu kepada model SUV, ketua pegawai operasi Bjorn Annwall tidak menolak kemungkinan akan hadir dengan model kereta sports suatu masa nanti.

“Setiap jenama kereta perlu mempunyai unsur yang mampu mendorong batasan sesebuah kereta, dan saya fikir Volvo juga harus memiliki produk seumpama itu,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada syarikat itu akan melancarkan kereta sports baharu, Annwall mengukir senyuman dan berkata, “tunggu.”

Kenyataan itu disokong oleh pengurus rekaan luaran Volvo, Orjan Sterner yang mengakui ia merupakan satu perkara yang menyeronokkan untuk bekerja menghasilkan sebuah coupe atau kereta super sports.

Namun pada penghujung hari, keuntungan mestilah menjadi satu keutamaan jadi SUV akan kekal menjadi fokus utama Volvo buat masa ini.

Volvo sebenarnya sudah pun mempunyai sebuah kereta sports ‘retro moden’, iaitu Volvo P1800 Cyan serta model coupe plug-in hybrid di bawah jenama Polestar. – Car Sales

Google ads
Back to top button