Motosikal

SEAT NAK JUAL MOTOSIKAL ELEKTRIK PERTAMA, ESCOOTER BERKAPASITI 125CC DI EROPAH

SEAT dilihat akan menyertai pasaran motosikal apabila memperkenalkan skuter elektrik pertamanya, SEAT eScooter.

Model konsep yang mempunyai kuasa seperti sebuah motosikal 125cc itu akan dijual sendiri oleh SEAT. Ia bakal dipertontonkan kepada umum pada acara Barcelona Smart City Expo World Congress, 19 November depan.

Skuter itu membentuk sebahagian daripada strategi mobiliti SEAT. Sebelum ini, SEAT ada mengumumkan ia akan merancakkan strategi miromobiliti Volkswagen Group.

Strategi itu melibatkan pengenalan kereta konsep Minimó dan SEAT eXS Kickscooter yang dikuasakan oleh Segway pada acara Smart City Expo tahun lalu.

“Pertumbuhan pesat bandar-bandar besar menjadikan usaha untuk menyediakan mobiliti yang efisien semakin mencabar. Hari ini, kami mengambil satu langkah ke hadapan dengan mengesahkan pelancaran eScooter yang pertama dalam sejarah jenama ini,” kata Presiden SEAT, Luca de Meo.

Barcelona mempunyai jumlah motosikal per kapita paling tinggi di Eropah. Sebab itulah SEAT akan membangunkan eScooter itu dengan pembuat motosikal elektrik yang berpangkalan di Barcelona, Silence.

Google ads
Back to top button