
ANAK SYARIKAT GEELY, PFMOTO HASILKAN MOTOSIKAL MACAM GOLD WING
Walaupun motosikal dari China masih dikelilingi dengan stigma negatif, namun jenama seperti Benelli dan CFMOTO dilihat telah berjaya dalam meningkatkan aspek prestasi dan kualiti keseluruhan jentera buatan mereka.
Kini, muncul satu lagi pengeluar motosikal iaitu PFMoto atau Paifang Moto yang dikatakan ada kaitan dengan Lifan kerana ia didakwa mendapatkan enjin daripada syarikat tersebut. Lebih menarik lagi, PFMoto ialah sebuah syarikat di bawah Kumpulan Geely.
Jadi, kita boleh mengharapkan motosikal PFMoto akan lebih berkualiti berbanding pengeluar motosikal berskala kecil China yang lain.

Walaupun Kumpulan Geely mempunyai banyak jenama automotif terkenal seperti Volvo, Benelli dan QJ Motor, namun masih tidak dipastikan sama ada PFMoto bercita-cita untuk memasuki pasaran global atau sekadar mahu menjual produk mereka di China sahaja.
PFMoto didakwa mahu memasarkan diri mereka dalam segmen jelajah berkuasa tinggi menerusi model Starship 3. Perincian mengenai motosikal yang kelihatan seperti Goldwing itu dikatakan akan didedahkan apabila Starship 3 melakukan debut pada 16 Ogos depan.
Starship 3 bakal dikuasakan oleh enjin v-twin serba baharu atau mungkin menggunakan enjin V4 keluaran Benda.
Ini hanyalah permulaan untuk PFMoto. Jika ia mahu menembusi pasaran Eropah, tidak mustahil ia akan menghasilkan jentera adventure atau touring pada masa depan.
- BACA: HONDA DAN MUJI HASILKAN BASIKAL ELEKTRIK MINIMALIS MSO1. HANYA DI CHINA, BERMULA RM3,280
- BACA: MFORCE PREBIU SPORTBIKE WMOTO 250RR, QJMOTOR 250RS DAN QJMOTOR 250RR
- BACA: MFORCE UMUM QJMOTOR SRK600 DAN SRT800 AKAN IKUT SPESIFIKASI DITETAPKAN OLEH QJMOTOR
- BACA: ARCH MOTORCYCLE COMPANY – MANA DATANG SYARIKAT NI? BETUL KE MILIK KEANU REEVES?