
MALAYSIA AUTOSHOW 2023: PROTON X50 R3, BODYKIT R3, WARNA HITAM MATTE, TERHAD 200 UNIT, BERMULA RM123K
Proton hari ini memperkenalkan model Proton X50 R3 Concept pada acara Malaysia Autoshow 2023 yang kini berlangsung di MAEPS, Selangor.
Model Ulangtahun Edisi Terhad ke-20 R3 itu hadir dengan penampilan menarik. Jentera yang dibina beradasarkan kepada varian 1.5 TGDI Flagship dilengkapi beberapa boydykit R3.
Harganya adalah sekitar RM10,000 lebih mahal berbanding varian X50 1.5 TGDI Flagship yang kini ditawarkan pada harga RM113,000.

Ini termasuklah badan berwarna hitam matte dengan kemasan berwarna kuning pada gril hadapan, skirting sisi, depan dan belakang. Spoiler belakang dengan kemasan gentian karbon juga membuatkannya kelihatan lebih sporty.
Bodykit R3 yang dipasang pada X50 R3 Concept ialah:
- R3 Aerokit
- Jalur bonet R3
- Logo R3 pada gril radiator
- Emblem Ulangtahun Edisi Terhad ke-20 R3
- Karpet lantai 3D R3
- Rim R3 ringan berwarna hitam berkilat bersaiz 18 inci
- Angkup brek berwarna kuning

Lebih menarik lagi, jentera ini adalah 10kg lebih ringan berbanding X50 biasa. Bagi menjadikannya lebih istimewa, orang ramai hanya boleh menempah X50 R3 Concept pada acara Malaysia Autoshow 2023 sahaja.
Terhad hanya 200 unit sahaja, inilah peluang terbaik untuk anda memiliki model unik ini. Selepas tamat Malaysia Autoshow 2023, Proton akan menawarkan beberapa bodykit terpilih R3 ini kepada pelanggan yang berminat.
GALERI



















