
TOYOTA AKAN HASILKAN LEBIH BANYAK MODEL GR, DIBAWAH KENDALIAN AKIO TOYODA
CEO Toyota Motor Corporation, Mr. Koji Sato membayangkan dan mengesahkan sub jenama prestasi tinggi Toyota iaitu Gazoo Racing mempunyai rancangan untuk membangunkan lebih banyak model di bawah jenama Gazoo Racing
Sato yang baru mengambil alih jawatan sebagai CEO daripada Mr. Akio Toyoda pada bulan Januari 2023, menjadikan Akio hanya memegang satu jawatan sahaja pada masa ini iaitu sebagai Pengerusi Toyota. Dengan kebanyakan tugas diambil alih oleh Sato, Akio memiliki lebih banyak masa untuk membangunkan model baru di bawah jenama GR iaitu satu projek yang diasaskan sendiri oleh Akio
“Jenama Gazoo memiliki masa depan yang cerah dan kami akan memastikan semua perancangan yang disusun untuk Gazoo Racing berjalan dengan lancar. Master Driver (Morizo) merupakan presiden Toyota ketika dia menjadi pelumba. Dengan kapasiti tunggal sebagai Pengerusi, Akio akan ada lebih banyak masa untuk Gazoo”.
Beberapa tahn lepas, sumber tidak rasmi Toyota menyatakan keinginan syarikat automotif tersebut untuk membangunkan semula beberapa model lagenda seperti Celica dan juga MR2. Malah khabar angin juga bertiup kencang mengatakan Toyota akan bekerjsama rapat dengan Daihatsu dan Suzuki bagi menghasilkan kereta sport kecil dengan enjin di tengah.
Namun beberapa sumber pla menyebut yang nama Celica akan kembali semula ke pasaran namun sebagai kereta berkuasa elektrik sepenuhnya. Buat masa ini Gazoo Racing menawarkan Toyota GR Supra (automatik & manual), Toyota GR Corolla, Toyota GR Yaris dan Toyota GR 86