Buletin

MAM MALAYSIA FESTIVAL OF SPEED – KARAMJIT SINGH JUARA RALI!

Buat julung kalinya Motorsport Association of Malaysia (MAM) menganjurkan siri perlumbaan Malaysia Festival of Speed (MFOS) membabitkan pelbagai disiplin perlumbaan meliputi Karting Slalom, Karting Sprint, Gymkhana, Pocket Bike Sprint, ESport dan paling penting Rally yang mana kesemua acara diadakan di kawasan litar PETRONAS Sepang International Circuit (SIC).

Pengumuman mengenai MFOS ini telah diumumkan kira – kira kurang sebulan yang lalu. Sebagai laman web mesra sukan rali, sudah tentu Mekanika akan membuat liputan mengenainya. Jom kita baca serba sedikit tentang acara rali ini.

  • Ini merupakan perlumbaan rali gravel secara kompetetif yang dianjurkan sementelah kali terakhir diadakah adalah di Rally Maran beberapa tahun sudah. Fuh bayangkan berapa lama nak kena tunggu!
  • Sebanyak 14 penyertaan telah diumumkan oleh pihak penganjur meliputi pelbagai jentera berkuasa seperti Subaru Impreza, Mitsubishi Evo, Proton Satria Neo, Proton Satria, Proton Iriz dan juga Perodua Myvi.
  • Menambahkan keterujaan peminat sukan rali apabila lagenda rali tanahair, Karamjit Singh turut beraksi kali ini yang berpasangan dengan Juruarah dari India, Vivek Ponnusamy yang juga tidaklah asing dalam berpasangan dalam dunia rali.
  • Menariknya Karamjit Singh kali ini memandu jentera Subaru Impreza yang disediakan oleh pasukan MRU Motorsport. Menurut Karamjit Singh yang sempat ditemui, ini merupakan kali kedua beliau memandu jentera selain daripada Proton dan ini yang pertama kali di Malaysia katanya.
  • Terdapat lima buah jentera rali yang beraksi dalam kategori Open meliputi Haji Sutan Mustaffa bersama Kamarul Anuar dengan Subaru Impreza, Faidzal Alang bersama Zamri Muhamat dengan Mitsubishi Evo 5, Mohd Rafizal dan Shaik Irsyad memandu Proton Turbo dan juga Khairul Nizam bersama Shahrol Zainal dengan Proton Iriz 4WD Turbo.
  • Lain – lain kereta rali yang turut sama beraksi seperti Proton Satria, Proton Satria Neo dan tidak lupa juga Perodua Myvi.
  • Nama pemandu rali regular yang lain turut beraksi seperti Hashrul Jamaluddin, Azrul Azhar, Ezamin Ezham dan juga Dini Nazmie.
  • Menarik juga apabila seorang pemandu luar, Sanjay Takale turut sama beraksi bersama pasukan MRU dengan memandu Proton Satria 1.3. Beliau berpasangan Juruarah tempata yang sememangnya tidak asing lagi Sean Gregory.
  • Perlumbaan yang dijadualkan bermula jam 8.30 terpaksa ditangguhkan selama setengah jam akibat daripada keadaan laluan yang agak teruk akibat hujan lebat melanda bumi Sepang pada malamnya.
  • Perlumbaan diadakan di kawasan ladang kelapa sawit di kawasan SIC / MAH berhampiran membabitkan jarak keseluruhan171.75 km membabitkan 9 SS.
  • Seperti diduga, Karamjit Singh akhirnya muncul sebagai pemenang diikuti oleh Faidzal Alang yang dipisahkan lebih kurang 19 minit. Ternyata kondisi kereta yang cemerlang membuatkan sang lejen tidak menghadapi masalah untuk muncul juara.
  • Menarik untuk Faidzal Alang, ini merupakan kali pertama beliau memandu jentera 4WD untuk permukaan gravel dan licin. Sebelum ini beliau juga turut beraksi dalam Sprint Rally dengan jentera yang serupa. Mungkin selepas ini boleh terus beralih ke 4WD sepenuhnya,
  • Tempat ketiga keseluruhan menjadi milik pemandu dari pasukan Purnama Rally Team M. Ikhsan M. Husni bersama Teh Yie Seng dengan hanya memandu Proton Satria 1.6.
  • Dalam rali sudah semestinya terdapat drama, apabila Zam yang memandu King Myvi tidak dapat meneruskan perlumbaan akibat hentakan yang kuat pada sumguard ketika SS2 dengan permukaan jalan yang teruk sekali gus menyebabkan kebocoran minyak hitam dan terpaksa ditarik keluar. Menurut Zam yang sempat ditemui sebelum perlumbaan, bibit – bibit tak sedap hati sudah mula dapat dirasakan apabila terdapat sedikit kebocoran minyak hitam pada bahagian bawah enjin. Tak mengapa, lepas ini bersedia untuk rali gravel seterusnya pula.
  • Nasib kurang baik turut menimpa Haji Sutan Mustaffa apabila Subaru Impreza yang dipandunya mengalami dengan masalah clutch bearing katanya.
  • Apa pun, ianya suatu perlumbaan rali yang menyeronokkan buat penggiat dan peminat rali. Kita tunggu MFOS edisi tahun hadapan pula nanti. Dan semoga rali kembali hidup di Malaysia.

BACA : KBS RALLY SPRINT & KBS KLASS RALLY OKTOBER INI. MAKIN MERIAHLAH DUNIA RALI

BACA : VANTAGE MNRC RALLY CHAMPIONSHIP 2022 – KARAMJIT SINGH UNGGUL DI RALLY MARAN

Google ads

B K

Back to top button