Artikel Pilihan

SONIC BOOM – PUNCA BUNYI BERDENTUM

Kapal terbang penumpang komersial biasa terbang dengan halaju purata antara 770km/jam ke 930km/jam, dengan julat halaju ini disebut sebagai halaju subsonic. Halaju subsonic biasanya lebih perlahan daripada halaju bunyi iaitu pada 1235km/jam

Sebenarnya selepas pengakhiran zaman pesawat Concorde, kapal terbang sebenarnya terbang pada halaju yang lebih perlahan atas beberapa sebab. Pertama ialah bagi mengurangkan penggunaan bahan api, disebabkan faktor kos bahan api adalah faktor paling besar dalam industri penerbangan

Sekiranya tidak perlu, pesawat penumpang akan terbang pada halaju yang lebih optimum untuk penjimatan bahan api. Kedua ialah, sekiranya pesawat terbang melebihi halaju bunyi iaitu melebihi 1238km/jam yang disebut sebagai Mach 1, ia akan menghasilkan satu fenomena gelombang kejutan bunyi

Gelombang kejutan atau sonic boom ini akan dihasilkan apabila terdapat objek bergerak melebihi halaju bunyi, menghasilkan bunyi yang kedengaran seperti letupan atau guruh pada telinga manusia

Malah dalam situasi yang lebih buruk, sonic boom juga boleh menyebabkan kerosakan kecil pada bangunan seperti merosakkan bumbung dan menyebabkan objek yang dihasilkan daripada kaca akan pecah

Di atas sebab ini, semua pesawat termasuk pesawat tentera tidak dibenarkan untuk melakukan penerbangan supersonic berhampiran daratan terutama di kawasan dengan kepadatan penduduk yang tinggi.

Sonic boom terhasil apabila pesawat melalui udara melebihi Mach1, ia akan menghasilkan gelombang tekanan bunyi pada muncung pesawat. Anda boleh bayangkan apabila kapal melalui permukaan laut, ia akan menghasilkan ombak kecil di hadapan kapal

Berbeza dengan kapal laut, gelombang bunyi ini akan bergerak pada halaju Mach 1 dengan gelombang dipaksa untuk bergerak dalam keadaan terhimpit antara satu sama lain. Kesemua gelombang ini akan berkumpul membentuk shock wave (gelombang kejutan) yang bergerak pada halaju 1235km/jam pada aras permukaan laut dengan suhu 20 darjah Celcius

Namun disebabkan perbezaan ketinggian, tekanan udara dan suhu serta gelombang ini terhasil dalam bentuk 3 dimensi, ia akan mewujudkan perubahan gelombang yang berbeza pada bahagian muncung pesawat dan ekor pesawat, yang seterusnya menghasilkan sonic boom yang boleh didengari di atas permukaan bumi

Kekuatan bunyi sonic boomditentukan dengan ketinggian pesawat dari permukaan bunyi, saiz pesawat, bentuk pesawat, gerakan pesawat semasa ia menghasilkan sonic boom, tekanan udara, suhu dan juga angin

Google ads
Back to top button