" "
Buletin

MAN MALAYSIA SERAH TRAK DENGAN ENJIN EURO 5 KEPADA PELANGGAN

MAN Truck & Bus (M) Sdn. Bhd. (MAN Malaysia) baru-baru ini telah menyerahkan kumpulan pertama kenderaan MAN Truck Generation baharu kepada sekumpulan pelanggan pertama di kilang pemasangannya di Serendah, Selangor.

Tujuh buah MAN Truck Generation naharu, setiap satu dipacu oleh enjin dengan emisi rendah yang memenuhi standard Euro V, telah diserahkan kepada enam buah syarikat pengangkutan, dua daripadanya merupakan pelanggan MAN yang baru.

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang menyertai usaha perjalanan yang mampan bersama MAN.

“Pada November 2021, MAN menjadi pengeluar trak yang pertama di Malaysia yang menawarkan enjin Euro V sebagai standard untuk seluruh portfolio produk syarikat.

“Sambutan yang diterima daripada pasaran juga sangat memberangsangkan. Ini jelas menunjukkan bahawa syarikat pengangkutan di Malaysia sanggup mengambil bahagian dalam usaha negara mencapai status neutral karbon menjelang tahun 2050,” kata O’Brooks.

LTS Distribution (M) Sdn Bhd, anak syarikat Lee Ting San Group yang berpangkalan di Pulau Pinang dan merupakan salah sebuah syarikat pengangkutan lori terbesar di Malaysia, telah menerima MAN TGS 4×2 baharu.

Sim Aik Chan Trading Sdn Bhd juga menjadi pemilik MAN TGS 6×4 Baharu berkuasa 540hp.  Dengan casis yang kukuh dan enjin yang berkuasa tetapi menjimatkan, trak yang terkini dalam fleet syarikat akan memberi keupayaan tugas berat untuk mengangkut bahan pembinaan ke serata pelosok negara. 

Sea Hawk Global Lines Sdn Bhd, penyedia penyelesaian logistik bersepadu global, menerima kunci dua unit iaiu MAN TGX 6×4 dan MAN TGS 6×2.

Pelanggan MAN buat kali pertama, Timur Permai Haulage Sdn Bhd, syarikat yang pakar dalam pengangkutan kontena, menerima trak pilihan mereka, MAN TGS 6×2.

Rani Transport Sdn Bhd pula menerima MAN TGS 4×2 dengan spesifikasi ADR (Agreement Concerning the International Carriage of Dangerous Goods by Road).Trak ini amat sesuai untuk mengangkut bahan kimia ke loji rawatan air yang sukar diakses di seluruh negara.

Sementara Globonus Sdn. Bhd. MAN TGS 6×2 berkuasa 440hp yang memenuhi keperluan syarikat sebagai vendor utama kepada sebuah syarikat minyak dan gas multinasional.

Maklumat lanjut tentang MAN Truck, sila layari www.man.com.my

Google ads
Back to top button