YAMAHA MT-09 2022 DAPAT 2 WARNA BAHARU. HARGA SAMA, RM54,998 SEUNIT
Hanya selepas beberapa hari model Yamaha MT-15 ditawarkan dengan warna baharu untuk tahun 2022, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pula MT-09 bersama warna baharu.
Model naked itu kini hadir dengan dua warna terkini iaitu hitam (Tech Black) dan hijau (Cyan Storm), lengkap bersama grafik yang lebih menarik.
MT-09 baharu akan mula berada di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara pada 16 Jun 2022. Harganya tidak berubah iaitu RM54,998 seunit (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans). Setiap pembelian akan menerima kunci cakera secara percuma.
Jentera tersebut masih menggunakan enjin tiga silinder bersesaran 889cc yang mampu menjana 119PS dan tork 93Nm yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.
Sistem suspensi pula terdiri daripada fork hadapan teleskopik, dibantu dengan lengan ayun dan penyerap hentak tunggal di belakang.
- BACA: SAYA SANGAT GEMBIRA. PERLU RAHSIAKAN DULU PEMBERI YAMAHA XJ6S -ABANG VIVA
- BACA: YAMAHA MT-09 – TASMANIAN DEVIL
- BACA: YAMAHA MT-09 2021, ENJIN TAMBAH CC DAN BANYAK BARANG BAHARU
- BACA: FRANCO MORBIDELLI PINJAM YAMAHA MT-09 POLIS. CUAK TERLEPAS PENERBANGAN KE ITALI
GALERI