Motosikal

UMPAMA ‘ORDER’ NASI LEMAK TANPA SAMBAL, REPSOL HENTI TAJA HONDA DI MOTOGP

Sukar untuk membayangkan jentera Honda RC213V akan diwarnai dengan warna selain daripada warna ikonik Repsol selaku penaja utama di Kejuaraan Dunia MotoGP. 

Bagaimanapun itulah senario yang akan berlaku sebaik musim 2024 berakhir apabila Repsol mengesahkan bahawa mereka tidak lagi akan berkerjasama dengan pasukan Honda di MotoGP. 

Umpama memesan nasi lemak tanpa sambal merupakan metafora paling sesuai untuk membayangkan Honda beraksi di MotoGP tanpa Repsol sebagai penaja utama.

Namun begitu, perkara itu sudah pun dijangka sebaik Honda kehilangan khidmat Marc Marquez yang berhijrah ke Ducati. 

Ini kerana selepas 15 kejuaraan (enam disumbangkan Marquez), 183 kemenangan dan 455 podium, Honda sedang bergelut selama beberapa musim ini. 

Dalam pada itu, Repsol memaklumkan mereka akan terus melibatkan diri dengan MotoGP namun bukan bersama HRC. 

Google ads
Back to top button