" "
Buletin

MAS 2024: NETA X RASMI DILANCARKAN – TIGA VARIAN, JARAK GERAK 480KM, HARGA BERMULA RM119K

SUV elektrik, Neta X secara rasmi dilancarkan hari ini di Malaysia Auto Show 2024 dan menawarkan tiga varian iaitu 400 Comfort, 400 Luxury serta 500 Luxury.

Dari segi dimensi, Neta X mempunyai ukuran 4,619mm panjang, 1,860mm lebar dan 1,628mm tinggi dengan jarak roda 2,770mm.

Neta X tersedia dalam lima warna luaran iaitu:

  • Parl White
  • Sky Grey
  • Jet Black
  • Glacier Blue
  • Amber Brown

Dari luar, ia tampil dengan unit LED untuk lampu depan automatik, DRL, bersama-sama dengan lampu kabus belakang dan lampu high-mount brake LED selain, dilengkapi panoramic sunroof, rak bumbung, cermin sisi automatik dengan isyarat membelok serta rim aloi 18-inci.

Di dalam kabin pula, ia dilengkapi lampu bacaan LED, dan lampu ruangan bagasi, skrin sentuh tengah 15.6-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay, navigasi masa nyata bersama lokasi, kemas kini perisian OTA, kawalan suara, sambungan Bluetooth dan sistem audio lapan-pembesar suara.

Dari segi sistem bantuan pemandu, varian trim Comfort pada kedua-dua kapasiti bateri didatangkan standard seperti cruise control, sementara varian 400 Luxury serta 500 Luxury dibekalkan dengan forward collision warning, AEB, lane departure warning,dan lane change assist with blind spot detection.

Secara mekanikal, NETA X dijana oleh motor elektrik tunggal yang dipasang di hadapan, menghasilkan 163PS dan 210Nm, dengan daya pecutan dari 0-100 km/j dalam masa kurang dari 9.5 saat.

Melalui pek bateri litium-besi fosfat sama ada kapasiti 52.49 kWj atau 64.14 kWj, ia boleh dicas semula melalui pengecas AC onboard 6.6 kW daripada 0-100% dalam sembilan jam dan 11 jam dan menawarkan jarak gerak NEDC 401km atau 480km, masing-masing.

Sementara itu, pengecasan pantas DC daripada 30-80 peratus hanya mengambil masa 30 minit, dan model ini juga dibekalkan dengan fungsi V2L.

Beralih pada harga pula, NETA X dijual pada harga sekitar RM119,900 hingga RM139,900.

GALERI:

Google ads
Back to top button