MAS 2024: JETOUR X70 PLUS MUNCUL DI MAS 2024, JANA 150PS, TAWAR DUA VARIAN
Selain model Dashing, Jetour turut mempamerkan sebuah lagi SUV yang bakal memasuki pasaran Malaysia iaitu X70 Plus.
SUV segmen-D tujuh tempat duduk ini ditawarkan dalam dua varian, sama seperti Dashing, Prime dan Signature.
Dari segi dimensi, X70 Plus berukuran berukuran 4,724mm panjang, 1,900mm lebar dan 1,720mm tinggi, dengan jarak roda diletakkan pada 2,720mm.
Di luar, ia dipadankan bersama gril haksagon, kemasan krom, lampu utama LED automatik, rel bumbung serta rim aloi dua tona bersaiz 19-inci.
Di dalam kabin, ia dilengkapi skrin berkembar 10.25-inci, upholsteri kulit, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar WI 50-wat, sistem audio empat-pembesar suara, sistem kamera 360-darjah serta tailgate kuasa.
Sementara varian Signature pula ditambahkan dengan ciri-ciri seperti bumbung suria kaca panoramik, tempat duduk pemandu dengan fungsi memori serta pedal metal.
Perincian standard bagi model ini termasuklah kemasukan pintar, butang penghidup enjin, pedal penukar gear, kawalan kelajuan dan tempat duduk pemandu larasan kuasa dengan enam-hala.
Bagi ciri keselamatan, ia dibekalkan dengan empat beg udara (enam beg udara untuk varian Signature), brek kecemasan autonomous, bantuan kekal lorong, kepekaan trafik lintasan belakang pemantauan titik buta dan amaran membuka pintu.
Beralih pada kuasa, Jetour X70 Plus dikuasakan oleh nadi 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder, berupaya menghasilkan 150PS pada 5,500rpm dan tork 230Nm antara 1,750 hingga 4,000rpm.
Nadi berkenaan dipadankan dengan transmisi dwi-klac basah enam-kelajuan.
Setakat ini, tiada pendedahan harga dilakukan, namun di pasaran China Jetour X70 Plus boleh dimiliki dengan tanda harga bermula AS$13,700 – AS$15,600 (RM64,619 – RM73,585).
GALERI:
- BACA: MAS2024: QJMOTOR FORTRESS 350 KINI DI MALAYSIA – RM23,888
- BACA: MAS2024: MOTO MORINI SEIEMMEZO SCR DIRASMIKAN – RM33,888
- BACA: MAS 2024: JETOUR DASHING BAKAL DILANCARKAN PADA SUKU KEDUA 2024 – JANA 154HP, TAWAR DUA VARIAN
- BACA: MAS 2024: PESAING BYD ATTO 3, LEAPMOTOR C10 BAKAL DILANCARKAN SUKU KEEMPAT 2024