Buletin

MAS 2024: PESAING BYD ATTO 3, LEAPMOTOR C10 BAKAL DILANCARKAN SUKU KEEMPAT 2024

Jenama EV dari Stellantis, Leapmotor telah mendedahkan model pertama yang bakal dibawa masuk ke pasaran tempatan iaitu Leapmotor C10.

Dari segi dimensi, Leapmotor C10 mempunyai ukuran 4,739mm panjang, 1,900mm lebar, 1,680mm tinggi dan jarak roda diletakkan pada 2,285mm.

Banyak butiran mengenai C10 untuk pasaran global masih belum didedahkan, malah, unit yang dibawakan oleh Stellantis ke Malaysia Autoshow 2024 adalah pemanduan kiri.

Menurut taklimat akhbar global baru-baru ini, model ini ditawarkan dengan jarak gerak WLTP sejauh 420km dan dijana oleh bateri LFP berkapasiti 69.9kWh.

Jika syarikat itu mengekalkan tetapan yang sama seperti varian di China, C10 untuk global akan menampilkan motor elektrik 228hp dipasang di belakang, menghasilkan tork 320Nm.

Ia membolehkan EV memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 7.29 saat bersama kelajuan tertinggi dihadkan pada 170km/j.

Di China, C10 dengan bateri 69.9kWj dijual dengan tanda harga bermula RM90,903 hingga RM109,420.

Setibanya C10 di pasaran Malaysia suku keempat 2024, C10 akan menjadi pesaing sengit kepada BYD Atto 3, Chery Omoda E5, Neta X, dan GAC Aion Y Plus.

GALERI:

Google ads
Back to top button