
SUZUKI MALAYSIA NAK BAGI GSX-S1000GX KEPADA PEMENANG BERTUAH
Suzuki Malaysia mengumumkan kempen cabutan bertuah Golden Ticket Extravaganza yang membolehkan pelanggan memenangi hadiah bernilai sehingga RM300,000.
Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan yang membeli Suzuki GSX-8S, GSX-S150 atau Raider R150Fi dari 21 Mei hingga 31 Ogos 2024 dengan pemenang bertuah berpeluang bawa pulang hadiah utama berupa Suzuki GSX-S1000GX baharu.

Sementara itu, lima lagi pemenang bertuah akan mendapat tiket percutian 4 Hari 3 Malam ke Suzuki Plaza di Hamamatsu, Jepun sementara 10 baki pemenang lagi akan menerima basikal Bottechia 8-Avio. Selain itu, terdapat banyak lagi hadiah saguhati menanti pemenang bertuah.
Pemenang akan diumumkan di acara Suzuki Familia yang akan berlangsung di Suzuki Monsoon Getaway 2024. Pada masa sama, ahli Suzuki Familia yang hadir ke acara akan turut berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah motosikal Suzuki.
Peluang yang disediakan ini adalah sebahagian daripada penghargaan untuk sokongan yang diberikan oleh peminat Suzuki di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, diminta layari www.suzuki.com.my atau ikuti laman media sosial rasmi Suzuki Malaysia.