
MAS 2024: PEUGEOT LANDTREK SE CKD DIPERKENALKAN, JANA 150HP, HARGA BERMULA RM129K
PEUGEOT, salah satu jenama daripada Stellantis telah memperkenalkan model PEUGEOT LANDTREK Allure dan LANDTREK Special Edition (SE) pemasangan tempatan pada acara Malaysia Autoshow 2024.
Kini hadir dengan rangkaian aksesori baharu dan sistem suspensi yang telah dinaik taraf untuk pengendalian sporty, PEUGEOT LANDTREK SE direka untuk memberikan pemanduan yang lebih mengujakan.
Dibina di atas rekaan PEUGEOT LANDTREK yang dinamik, varian SE baharu menyerlahkan lagi elemen dan gaya singa (feline) dengan rangkaian aksesori baharu.
Antara ciri menarik yang ada pada LANDTREK SE termasuklah peredam pintu belakang, pelekat LANDTREK berwarna hitam pada bahagian tepi badan dan arca roda hitam yang agresif.

Selain itu, siluet sisi PEUGEOT LANDTREK SE kini dipertingkatkan lagi dengan Peugeot Tag Bezels berwarna hitam, visor pintu dan pemijak sisi juga berwarna hitam untuk memudahkan urusan masuk serta keluar.
Bahagian hadapan diserlahkan dengan bingkai gril krom bersama sepasang lampu nyalaan siang LED, lampu utama LED sepenuhnya dipadankan dengan rekaan bampar hadapan bersama sepasang lampu kabus dan skid plate.
Perincian lain termasuklah dilengkapi rim aloi bersaiz 18-inci dibalut dengan tayar jenis all-terrain (A/T) dan didatangkan dalam dua warna iaitu kelabu (Rockstone Grey) serta putih (Ceramic White).
Tarikan sebenar pada PEUGEOT LANDTREK SE terletak pada ruang kargo yang luas iaitu sepanjang 1,630mm dan selebar 1,600mm.

Saiz ini membolehkannya membawa sehingga 2 palet saiz Eropah atau mengangkut beban seberat satu tan.
Menjengah dalam kabin, ia dimuatkan bersama sistem infohibur bersaiz 10-inci, tiga port USB, teknologi Bluetooth serta ketersambungan Apple CarPlay/Android Auto, dilengkapi kamera 360° dengan pemandangan 3D dan ciri baharu Tire Precision Cameras.
Beralih pada kuasa, jentera ini dikuasakan oleh enjin 1.9-liter Turbo Diesel yang mampu menghasilkan 150hp pada 4,000rpm dan tork 350Nm di antara 1,800-2,800rpm.
Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi automatik PUNCH 6-kelajuan.
PEUGEOT LANDTREK SE dilengkapi sistem keselamatan seperti berikut:
- 6 Beg Udara
- Poin ISOFIX
- Dynamic Stability Control (DSC)
- Anti-Skid Regulation (ASR)
- Electronic Brake-Force Distribution (EBD)
- Electronic Stability Program (ESP)
- Trailer Swing Control
- Hill Start Assist
- Hill Descent Control
- Lane Departure Warning System
- Kamera 360°
PEUGEOT LANDTREK SE ditawarkan pada harga RM129,124 sementara PEUGEOT LANDTREK Allure pula berharga RM124,124.
Kedua-duanya hadir dengan jaminan selama 3 tahun dan perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.
GALERI:






- BACA: MAS 2024: PERODUA DEDAH PROTOTAIP EV – MYVI CONVERSION
- BACA: SUZUKI MALAYSIA NAK BAGI GSX-S1000GX KEPADA PEMENANG BERTUAH
- BACA: MAS2024: HONDA ADV 350, XL750 TRANSALP, NX500 DAN 750 HORNET DILANCARKAN – DARI RM33,999
- BACA: HONDA CIVIC 2025 AS, RUPA DEPAN LEBIH GARANG, TIADA 1.5 TURBO, MULA TAWARKAN HIBRID