Buletin

MASAK MI SEGERA DI STESEN MINYAK, POLIS TAHAN 10 LELAKI DAN 5 WANITA

Polis telah menahan 15 individu yang berkait dengan insiden memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini. 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman yang memakumkan penahana tersebut membabtikan 10 lelaki dan lima wanita seelpas kesemuanya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, pada Sabtu. 

Memetik laporan Sinar Harian, kesemua mereka yang berusia 23 hingga 28 tahun telah pun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil. 

“Polis masih dalam proses merakam percakapan saksi ketika kejadian. Ini bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” jelas Datuk Seri Yahaya Othman. 

Kejadian memasak mi segera di stesen minyak Petron itu tular di media sosial pada 13 Mei lalu selepas sekumpulan individu dirakam seolah-olah berkelah sambil memasak. Rakaman tersebut bingkas mengundang kecaman warga net dengan rata-rata mempersoal tindakan yang membahayakan itu. 

Google ads
Back to top button