
MASERATI 3500GT YANG BERJAYA DIBAIK PULIH SEMULA. HASILNYA SEPERTI BAHARU!
Sebuah model lagenda Maserati, Maserati 3500GT telah berjaya dibaik pulih oleh coachbuilder Touring Superleggera dengan sokongan jabatan Maserati Classiche di House of the Trident, yang kemudiannya telah menyediakan Pensijilan Pemulihan dan Sijil Ketulenan yang menjadi tumpuan di Rétromobile 2025.
Model Maserati 3500GT yang dipamerkan di pameran Rétromobile, Perancis ini adalah contoh model pada tahun1959 yang pada asalnya dikhususkan untuk pasaran California dan dengan warisan yang luar biasa, telah dimiliki oleh keluarga Dodge selama beberapa dekad.

Kereta itu kini telah dipulihkan dengan baik sebagai penghormatan sebenar kepada semangat Itali. Model unik ini didatangkan lengkap dengan semua komponen berfungsi asal, dan kesinambungan sejarah kenderaan yang terbukti telah diselenggara dengan teliti, memastikan pengenalan unik dan sahih.
Dipulihkan sepenuhnya dalam bengkel Touring Superleggera, model grand tourer yang ikonik ini telah dipulihkan dengan teliti kepada kemegahan asalnya oleh coachbuilder terkenal Milan, dengan sokongan teknikal dan dokumentari daripada Maserati Classiche.
Perkhidmatan Bantuan Pemulihan telah diberikan untuk memeriksa dan mengesahkan setiap komponen kenderaan. Ianya meliputi casis, enjin dan ruang serta transmisi, dan juga memastikan keadaan suspensi, brek, roda dan tayar. Kerja badan, dalaman dan luaran, serta warna dan bahan telah diperiksa dan disahkan, begitu juga sistem elektrik dan semua aksesori.

Ternyata hasil kerja luar biasa yang dilakukan Touring Superleggera ini bukan calang – calang dan diakui akan hasil akhir yang cukup mantap.
Dan akhirnya model Maserati 3500GT telah dianugerahkan Pensijilan Ketulenan oleh Maserati Classiche, selepas menjalani lebih daripada 300 pengesahan teknikal melalui Arkib Sejarah untuk memastikan kadar keasliannya menyamai dengan yang sebenar.
Sedikit sejarah untuk dikenang, Maserati 3500GT ini adalah model yang penting buat pengeluar berasal dari Itali itu. Ianya adalah model jalanan pertama yang diproduksikan dengan skala yang lebih besar.
Ianya telah diproduksi bermula pada tahun 1957 sehingga 1964 dengan sejumlah 2,226 unit telah dihasilkan dengan menggunakan enjin 3.5 liter yang dianggap cukup berkuasa di zamannya.
BACA : MASERATI QUATTROPORTE ROYALE – MODEL YANG PERNAH MENJADI KEGUNAAN PRESIDEN ITALI SUATU KETIKA DAHULU
BACA : MASERATI GRANCABRIO FOLGORE – EV CABRIO PERTAMA NI OI!

