MASERATI QUATTROPORTE ROYALE - MODEL YANG PERNAH MENJADI KEGUNAAN PRESIDEN ITALI SUATU KETIKA DAHULU
Jenama Maserati sememangnya dari dahulu lagi dikenali sebagai model kereta dengan imej elegan, berprestasi serta mewah yang tiada tandingan. Dan inilah adalah model Maserati Quattroporte Royale, yang dibina berdasarkan Quattroporte generasi ketiga.
Sedikit sejarah tentang model Quattroporte, model pertama telah diperkenalkan bermula tahun 1963 yang diposisikan sebagai sedan mewah yang sporty. Dan ini adalah model generasi ketiga yang telah diperkenalkan bermula tahun 1979 sehingga ke tahun 1990.
Dan model generasi ketiga ini adalah di bawah pimpinan Alejandro de Tomaso sebagai CEO syarikat setelah sebelumnya Maserati pernah berada di bawah naungan Citroen. Berbanding generasi kedua Quattroporte yang dibina berdasarkan casis Citroen SM serta menggunakan pacuan roda hadapan dan enjin V6, generasi ketiga ini kembali semula ke pacuan roda belakang serta menggunakan enjin V8.
Pada 14 Disember 1979, Maserati Quattroporte generasi ketiga ini telah dipersembahkan kepada Presiden Itali ketika itu Sandro Pertini dengan dua varian auto dan juga manual. Majlis tersebut telah diadakan di Quirinal Palace, Rome yang turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan dan Industri Rt Hon Antonio Bisaglia serta Alejandro de Tomaso selaku CEO Maserati ketika itu.
Dan pada tahun 1982, Sekretariat Agung Presiden Itali telah membuat pesanan dengan Maserati untuk pembinaan Quattroporte berperisai bagi kegunaan Presiden. Kemudiannya setahun kemudian, firma Modena telah membekalkan Quattroporte dengan warna Dark Aquamarine serta warna Beige untuk bahagian dalamnya bagi kegunaan Presiden Sandro Pertini dan telah digunakan untuk acara penglibatan institusi.
Selain daripada itu kereta ini turut dipasang ashtray besar dengan pemegang paip di antara tempat duduk belakang seperti yang atas permintaan Presiden sendiri, dan Maserati mengubah suai tempat duduk belakang untuk menciptanya. Kereta itu juga menampilkan kabinet bar, serta telefon dan juga interkom untuk berkomunikasi dengan orang di luar.
Sudah tentu, untu kegunaan Presiden, kereta ini telah dilengkapi dengan perisai dengan penyaduran plat keluli berkekuatan tinggi bagi memastikan tiada peluru mampu menembusinya. Begitu juga dengan tingkap setebal 31 mm yang diperbuat daripada polycarbonate yang turut kalis peluru serta boleh dikawal secara elektronik keempat – empat tingkap.
Dan pada tahun 1986 varian Royale telah dilancarkan: ia adalah penggayaan semula dengan kerja tingkat taraf bahagian dalaman termasuk tempat duduk kulit lembut dan penggunaan mewah kayu walnut burr pada papan pemuka dan juga bahagian panel pintu.
Ciri tersendiri yang lain ialah telefon di ruang antara tempat duduk hadapan dan meja lipat kecil di pintu belakang. Maserati Quattroporte Royale dilengkapi dengan enjin 4.9 L V8 berkuasa dengan 300 hp dan hanya 51 unit dibina dengan varian ini.
BACA : MASERATI LEVANTE TROFEO LAUNCH EDITION. 3 UNIT SAHAJA DI MALAYSIA. RM1.8 JUTA!
BACA : MASERATI DEDAH SUV ELEKTRIK PERTAMA – GRECALE FOLGORE, 550HP, JARAK GERAK 500KM