
MATTEL SAMBUT ULANG TAHUN KE 40 DI MALAYSIA, UMUM PEMBESARAN KILANG DIJANGKA SIAP PADA JANUARI 2023
Bersempena ulang tahun Mattel Malaysia Sdn. Bhd. (MMSB) yang ke 40 di Malaysia hari ini, MMSB mengumumkan pembesaran kilangnya di Pulau Pinang, dijangka siap pada Januari 2023.
Ditubuhkan pada tahun 1981 di Seberang Perai, Pulau Pinang, MMSB ialah kilang pembuatan pertama Mattel Inc. di Malaysia. Malaysia memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan Mattel untuk pembuatan syarikat, perkakas, dan operasi komersial.
MMSB kini mempunyai hampir 3,900 pekerja, melabur secara aktif dalam meningkatkan kemahiran pekerjanya, selain merekrut bakat baru dengan latar belakang teknikal. Pembesaran kilang itu juga akan meningkatkan jumlah tenaga kerja kira-kira 10 peratus kepada hampir 4,300 pekerja.

Kilang pembuatan Hot Wheels terbesar di dunia, MMSB juga merupakan satu-satunya pengeluar Hot Wheels di dunia, mainan terlaris di seluruh dunia pada 2021. Kilang itu mempunyai purata keluaran kira-kira 9.0 juta kereta setiap minggu.
Pelaburan strategik ini adalah sejajar dengan misi Mattel Strategi Capital Light untuk meningkatkan kapasiti pembuatan, meningkatkan produktiviti serta memanfaatkan keupayaan teknologi. Perkembangan tersebut bakal menyaksikan peningkatan 20 peratus dalam kapasiti pengeluaran menjelang 2025.
Pengembangan ini juga akan memberi manfaat kepada Mattel Development and Tooling Sdn. Bhd. (MDT). MDT telah ditubuhkan pada tahun 1985, iaitu kilang kedua Mattel di Malaysia dan menyediakan kemudahan terkini untuk pembangunan produk, pembuatan model digital, reka bentuk acuan, serta pembuatan.
Bersempena dengan pelaburan dan komitmen berterusan Mattel terhadap operasinya di Malaysia, Presiden dan Ketua Pegawai Komersial Mattel, Steve Totzke, mengumumkan Hot Wheels akan bekerjasama dengan PROTON untuk menghasilkan model skala 1:64 daripada Proton SAGA, model pertama.
Model Hot Wheels baharu ini dijangka akan mula dijual ke seluruh dunia pada penghujung 2023.