Buletin

VOLKSWAGEN BAKAL JUAL EV BUATAN CHINA DI EROPAH, GUNA JENAMA CUPRA

Volkswagen dalam satu kenyataan mengumumkan langkah untuk mengimport dan menjual kenderaan baharu buatan China untuk pasaran Eropah.

Menurut laporan Automotive News, langkah itu dibuat memandangkan kapasiti pengeluaran yang agak terhad di pasaran tersebut.

Ini bukanlah kali pertama pengeluar Eropah mengimport kenderaan dari China.

Seperti contoh, BMW dan Renault masing-masing mengimport model yang dipasang di negara China untuk dipasarkan di Eropah.

Volkswagen pula akan mengimport dan menjual kenderaan buatan China untuk dipasarkan di bawah jenama Cupra.

Model Cupra Tavascan diperlihatkan sebelum ini sebagai sebuah model konsep pada tahun 2019, dan ia dijangka akan mula dijual pada tahun 2024.

Menggunakan platform MEB, Cupra Tavascan dilengkapi dengan motor elektrik berkembar menghasilkan lebih 300 hp, dan bakal ditawarkan dalam varian yang lebih mampu milik.

Cupra Tavascan akan dibina di fasiliti Anhui, China, iaitu kilang ketiga terbesar syarikat Volkswagen di negara tersebut. – Automotive News

Google ads
Back to top button