Buletin

MAXX OIL NANOPLUS

Shift Performance Asia (M) Sdn. Bhd., pengedar tunggal Maxx Oil di pasaran tempatan membawakan produk terbarunya iaitu MaxxOil NanoPLUS.

maxxoil-nanoplus-mekanika (2)

Menariknya, Maxx Oil NanoPLUS menggunakan teknologi Nano yang berupaya melindungi serta memanjangkan hayat enjin kereta dan minyak melalui cara mekanikal, bukan dengan penggunaan bahan kimia.

Ia memiliki berbilion empat hingga enam nanometer bersaiz berlian yang bertindak sebagai bola bearing. Ini dapat mengubah geseran yang biasanya berlaku di antara permukaan logam.

maxxoil-nanoplus-mekanika (6)

Sekali gus menyumbang kepada pengurangan haba, kehausan dan drag enjin. Malah menawarkan penjimatan bahan api.

Maxx Oil NanoPLUS dikatakan mampu menawarkan kepuasan tahap tertinggi kepada pelanggan.

maxxoil-nanoplus-mekanika (3)

Pada majlis pelancaran berkenaan, Maxx Oil turut melantik Tengku Djan sebagai duta jenama berkenaan.  MaxxOil mula memasuki pasaran tempatan sekitar 2014. Minyak pelincir motor yang dibangunkan di California, Amerika Syarikat ini telah mendapat kelulusan dalam ujian Institut Petroleum Amerika (API).

maxxoil-nanoplus-mekanika (7)

Senarai harga runcit minyak pelincir MaxxOil NanoPLUS:

MaxxOil NanoPLUS 5w30 Fully Synthetic – RM228 (4 liter)

MaxxOil NanoPLUS 5w40 Fully Synthetic – RM228 (4 liter)

MaxxOil NanoPLUS 10w40 sintetik Semi – RM128 (4 liter)

MaxxOil NanoPLUS 5w30 sintetik Semi – RM128(4 liter)

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button