Buletin

MAXX ‘N GO, APLIKASI TELEFON BIMBIT-TUKAR MINYAK PELINCIR DI RUMAH

Bayangkan dalam dunia yang serba maju, teknologi di hujung jari dan semuanya pantas belaka. Setiap perniagaan dan perkhidmatan perlu selangkah di hadapan di samping pesaing masing-masing untuk menawarkan perkhidmatan yang cekap dan pantas.

Terbaru, MaxxOil Malaysia yang dikendalikan oleh Shift Performance Asia (M) Sdn Bhd telah memperkenalkan perkhidmatan menukar pelincir di mana sahaja anda berada. Ya. Ia menggunakan aplikasi sepertimana Uber dan Grabcar. Pizzahut, McDOnald dan KFC. Tahukah anda dengan aplikasi foodpanda anda boleh pesan apa juga makanan yang terlintas di kepala?

BACA – APLIKASI PROTON, MUDAHKAN PENGGUNA

BACA – SERVIS LEBIH MUDAH DENGAN KIA SERVICE APPS

unnamed

MaxxOil sudah empat tahun bertapak di Malaysia dan merupakan jenama minyak pelincir dari USA yang paling cepat berkembang. Tahun ini, mereka dianugerahkan sebagai SME Top 100 Fast Growing Award.

Perkhidmatan yang dikenali dengan nama “MAXX ‘N GO” ini sama seperti aplikasi telefon bimbit yang lain. Ia aplikasi dua hala yang membolehkan pelanggan memesan perkhidmatan menukar pelincir di mana-mana lokasi yang dikehendaki. Di rumah atau di pejabat atau lokasi yang anda rasa sesuai dengan keperluan anda.

Sudah tentu, perkhidmatan begini akan memudahkan pengguna mendapatkan servis di mana sahaja mereka berada. Ia juga menjimatkan masa, tak perlu menunggu lama di bengkel atau pusat servis dan  menerima bil yang luar biasa.

maxxoil-03

“MAXX ‘N GO” terlebih dahulu memaparkan harga sebelum pesanan dibuat. Jadi anda tak melompat lah tiba-tiba tengok bil kat workshop yang tak tahu hujung pangkal kadang-kadang harganya.

Aplikasi ini cukup mudah dengan menekan “Book Now” atau “Pre Book” dan mekanik sudah sedia menunggu di lokasi berhampiran. Lebih menarik lagi, mekanik turut melakukan pemeriksaan percuma 15 poin seperti keadaan bateri, tayar, cecair brek, stereng kuasa dan sebagainya.

Buat masa ini, servis aplikasi Maxx ‘N Go hanya ditawarkan di sekitar Lembah Klang sahaja. Mereka menyediakan perkhidmatan 7 hari seminggu dan untuk bandar-bandar lain, servis ini akan diperluaskan tak lama lagi.

Tags
Google ads
Back to top button